in

“Macam ni baru puas hati, jujur!”- Lebih 20 Ribu Share Di Facebook, Viral Pemuda Jual Durian Timbang Isi Dan Buang Kulit.

Featured 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dua menjak ni kecoh pasal raja buah, Durian.

Mana tidaknya semua seakan-akan naik hantu bila jumpa ‘port’ durian yang murah dan berkualiti.


Boleh dikatakan ramai antara rakyat Malaysia menggemari buah tersebut, malah ada yang sanggup berjalan jauh bagi menikmati buah tersebut.

Namun bila permintaan terhadap durian meningkat, wujud manusia yang mengambil kesempatan terhadap situasi tersebut dengan menaikkan harga sesuka hati sehingga membuatkan penggemarnya tak senang duduk.

Namun apa yang dilakukan pemuda ini mendapat pujian ramai apabila dia menjadi satu-satunya penjual yang menjual durian tanpa kulit.

Maksudnya, durian tersebut akan dikopek dihadapan pembeli dan hanya isi yang akan ditimbang seperti perkongsian Siti Hajar di facebook.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2529267020419812&set=a.619033204776546&type=3&theater

Difahamkan yang kedai ini terletak di Highway UUM menghala ke Changlun.

Part yang paling best ialah, harga bagi sekilo durian ialah RM25 sahaja, tidak termasuk kulit. Harga tersebut untuk isi durian yang ditimbang.

Malah jika ada isi yang tak elok, pemuda tersebut akan buang awal-awal.

Rata-rata netizen memuji kejujuran pemuda tersebut menjual durian, malah kata mereka ia patut dicontohi peniaga-peniaga durian lain di luar sana.

1 4

2 3

 

Tapi itulah, harap tak ada lah pihak yang muncul berlagak pandai mintak buang biji pula.

Baca : Bukan tanam harini esok boleh jual Ramai Protes Kenapa Timbang Durian Sekali Dengan Kulit, Tapi

Buang

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.