in

Macam Netflix Tapi Versi Islamik, Nurflix Bakal Jadi Fenomena Baru?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasti anda biasa dengar dengan nama gergasi dalam industri pentstriman video seperti Netflix, Amazon Prime Video, Hulu dan Disney Plus.


Tahukah anda ada servis laman penstriman video patuh syariah yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di Malaysia?

Nurflix adalah satu servis penstriman yang diasaskan untuk menyediakan pentas media patuh syariah kepada para penonton. Kandungan Nurflix pula akan dipantau oleh badan penasihat khas dipanggil Nurpath, yang akan diketuai oleh pendakwah Habib Ali Zainal Abidin selaku penasihat.

Panel-panel ini akan memastikan pihak produksi mematuhi piawaian syariah daripada segala aspek seperti skrip, aksi lakonan dan pemilihan pakaian para pelakon.

Menurut Ketua Pengawai Eksekutif Nurflix Syah Mohamed, Nurflix bukan sahaja akan membayar royalti kepada pihak pengkarya, malah barisan pelakon yang terlibat juga akan menerima layanan yang sama.

Tambahnya lagi, Akademi Nurflix akan diwujudkan untuk mencari dan melahirkan bakat bakat baharu dalam industri.

Percuma buat penonton!

Untuk sesi percubaan dan pengenalan kepada para penonton, Nurflix akan menayangkan 12 drama dan filem tempatan bercirikan Islam mulai Oktober sehingga Disember secara percuma.

Ini bertujuan untuk pihak Nurflix mendapatkan maklum balas daripada para penonton, bagi menambah baik khidmat dan harga langganan pada masa akan datang.

Sumber: Awani

BACA: Siri Kontroversi Netflix, Messiah Ditamatkan Selepas Satu Musim

 

Sumber: Twitter
Sumber: Malay Mail
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.