in

“Macam dalam kem!”- [VIDEO] Anak Kena Denda ‘Roll’ Sebab Bangun Lambat Buat Ramai Terhibur

Fi Askar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebut je tentang askar, perkara yang terlintas dalam fikiran kita mesti diorang ni garang, tegas, berdisiplin. Kan?



Tak kira lah kalau berada di luar kem sekalipun, identiti askar ni memang obvious sangat. Senang sangat nak cam kalau terserempak dekat mana-mana tu.

Sebagai seorang anak askar, kalau nak throwback zaman ayah belum pencen dulu…fuh macam-macam denda min pernah kena! Dekat rumah pun kadang-kadang ayah macam dalam kem! Korang yang anak askar tu mesti pernah ada pengalaman yang sama kan?

Macam perkongsian daripada ibu ini di laman TikTok, mesti ramai anak askar yang boleh relate dengan pengalaman masa zaman dulu.

Akibat bangun lambat, si anak didenda ‘roll’ depan rumah macam dalam kem askar! Betul-betul mengajar anak jadi orang berdisiplin. Si anak pun terlihat pasrah je kena denda. Ya lah, berani tak dengar cakap ayah! Bangun lambat je dah kena ‘roll’, kalau buat hal lain taktau lah.

Video yang dikongsikan oleh @cikfaa_official berdurasi hanya 19 saat ini ternyata berjaya buat ramai anak askar lain ‘hadir’ di ruangan komen. Ramai juga yang berkongsi pengalaman terima nasib yang sama seperti si anak itu masa kecil dahulu.

Komen Askar

Nasib lah dik dapat ayah askar…takpe nanti dah besar, bila teringat balik mesti adik berterima kasih dekat ayah sebab ajar cara berdisiplin ni.

Baca: [VIDEO] Setahun Terpisah Dengan Ayah Kerja Askar, Anak Kecil Mengelak Sebab Tak Cam

Baca Askar

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.