in

“Lunch makan free je” – Che Nom Kini Dalam Perancangan Buka Syarikat Sendiri?

Cats 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu, sehinggalah ke PKP pada tahun ini, kita boleh simpulkan bahawa rakyat Malaysia gemar untuk menonton rancangan masakan.


Antara nama-nama individu yang sering menjadi kegemaran rakyat Malaysia ialah Sugu Pavithra, Che Nom dan Khairul Aming. Ketiga-tiga mereka menggunakan platform Youtube untuk berkongsi resipi makanan.

Dengan jumlah 947,000 pengikut di Youtube, Che Nom yang terkenal dengan suara lembutnya di dalam video ada memuat naik satu ciapan yang berjaya ‘menggegar’ Twitter semalam.

Luah Che Nom dalam ciapan tersebut, dia kadang-kala berasa penat untuk membuat video Youtube seorang diri. Banyak prosedur yang perlu dilakukan seperti memerap makanan, memasak, shooting, editing, dan membalas komen penonton.

Sambungnya lagi, dia kini dalam perancangan mahu membuka syarikat sendiri dan jika idea ini terjadi, Che Nom akan mengambil beberapa orang untuk bekerja bersamanya.

Lebih menarik, Che Nom turut menawarkan makan tengah hari percuma kepada sesiapa yang bakal bekerja dengannya!

Ciapan ini tular sehingga mendapat 25,000 sukaan dan turut meraih perhatian personaliti masakan yang lain. Anda boleh lihat respons lucu mereka yang teruja dengan tawaran makan tengah hari percuma oleh Che Nom.

Jika idea penubuhan syarikat ini terhasil pada satu hari nanti, pasti ramai yang berebut-rebut hantar resume kerana mahu makan masakan Che Nom.

BACA“Tak perlu minta izin, takde trademark” – Netizen Puji Che Nom Tak Kedekut, Halalkan Orang Guna Resipi Untuk Berniaga

Capture 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.