in

Lucu Tapi Sedih! Skrin Macbook Pro Gadis Ini Retak Hanya Kerana Sebutir Beras

Cover 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang kala, sesuatu benda itu boleh hilang atau rosak meskipun kita sudah menjaga dengan penuh teliti dan kasih sayang. Kata orang, kalau dah bukan rezeki, nak buat macam mana?


Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang gadis yang dikenali sebagai Kax ada berkongsikan kisah laptop miliknya yang rosak hanya gara-gara sebutir beras.

“Laptop saya telah dibunuh oleh sebutir beras perang yang ditutup di skrin”, ujar gadis itu menerusi satu ciapan.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, Kax mendakwa dia tidak perasan bahawa ada sebutir beras di laptopnya semasa dia sedang menutup skrin.

2 1 3

Dia akhirnya menyedari kejadian ini selepas ada kesan retakan di bahagian skrin Macbook Pro miliknya. Lebih melucukan, terdapat sebutir beras perang di bahagian papan kekunci laptopnya.

1 13

Meninjau di ruangan komen, beberapa warganet turut berkongsikan kisah skrin laptop mereka yang pernah retak hanya kerana sebutir beras.

Bagaimanapun, Kax sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa pesalah untuk kerosakan ini telah melarikan diri dan beras itu sebenarnya tidak bersalah.

 

BACA: Kajian: Rakyat Malaysia Kena Kerja 30.3 Hari Untuk Beli iPhone 13 Pro, Singapura Pula 7.6 Hari

Cats 13

Sumber: Kax
Sumber: Kax

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.