in

Luar Biasa! Seorang Ibu Anak Dua di UK, Nekad Berkahwin Dengan Pokok

Ft Kate

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lepas tular perkahwinan seorang lelaki pada 2015 dengan pizza, kini seorang wanita di United Kingdom (UK) pula berkahwin dengan pokok.


Ibu kepada dua cahaya mata itu memilih untuk berkahwin dengan pokok tertua di Rimrose Valley Country Park di Sefton, Merseyside pada September tahun lalu.

Kate Cunningham, 38, yang juga seorang bekas guru sanggup meninggalkan teman lelakinya di rumah untuk meraikan ulang tahun perkahwinannya dengan pokok tu.

Kate

Anak bukan penghalang

Walaupun anaknya malu dengan tindakan Kate, itu tidak menghalang ‘cita-citanya’ dan merasakan itu adalah keputusan terbaik yang pernah dia buat.

Kate nekad menukar namanya kepada Elder sejurus “perkahwinannya” dengan pokok tertua di taman tu malah merasakan hidupnya kini lebih bermakna.

“Pokok ini akan tetap menjadi keutamaan saya. Pokok membuatkan kita tetap hidup.

“Ia membuatkan saya rasa lebih yakin dengan diri sendiri. Saya tak peduli apa orang lain hendak kata. – Kate Cunningham

Dia juga menyifatkan perkahwinan dengan pokok tersebut merupakan tujuan baru dalam hidupnya.

Kata Kate lagi, inspirasinya tercetus selepas dia mengetahu kisah mengenai seorang aktivis wanita di Mexico yang melakukan perkara sama bagi meningkat kesedaran masyarakat mengenai pembalakan dan pembukaan tanah haram.

Pada hari “perkahwinan”, Kate mengenakan pakaian yang sedikit berbeza iaitu warna hijau lumut dihiasi dengan flower crown.

Cinta pandang pertama

Kate yang menjumpai “suaminya” itu ketika dia sedang mencari pokok dan menemui beberapa pokok yang menarik hatinya.

Kate 2

Tapi sejurus dia melihat Elder, dia tahu itulah pasangan untuknya.

Pokok ni tak macam yang lain, dia berdiri sendirian dengan dahan. Dahan yang menjalar dan warna kulit kayu membuatkan pokok itu kelihatan ajaib. 

Menurut Mirror News, perkahwinan ini merupakan antara usaha untuk menarik minat orang ramai terhadap kempen untuk menyelamatkan Rimrose Valley Country Park daripada dijadikan jalan pintasan oleh pihak Lebuhraya England.

 

Baca : Kerja gila Wanita Tergamak Potong Tangan Sendiri Semata-mata Nak Tuntut Insurans RM4.9 Juta!

Baruuu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.