in

“Loving and welcoming” – [VIDEO] Lelaki Nigeria Puji Sifat Ramah Rakyat Malaysia

Untitled Design 2022 07 26T133742.858

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan kesopanan serta budi bahasa yang tinggi, ini juga menyebabkan ramai pengembara memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan.

Malah, menurut World Data Info, Malaysia mencatatkan sejumlah 4 juta pelancong pada 2020, menduduki tempat ke-40 di dunia bagi negara yang paling banyak dilawati dan Malaysia juga menjana sekitar 3.39 bilion USD dalam sektor pelancongan sahaja.


Baru-baru ini, seorang YouTuber memuat naik selingan video vlog di laman TikTok miliknya di mana dia berkongsi apakah reaksi rakyat Malaysia terhadap pelancong berkulit gelap.

@explorewithbolu

How Malaysians treated black + river cruise Melaka (part 1) #fyp #malaysia #foryou #world #canada #trend #pakistan #indonesia #germany #france #somalia #nigeria #thailand #japan #korea #studygram #studyabroad #student #studentlife #viral #travel #southafrica #vietnam #foreigner #trending #goodvibes #facts #tiktok

♬ original sound – explorewithbolu – explorewithbolu

Pemilik akaun TikTok @explorewithbolu merakamkan pengalamannya ketika berada di Melaka sebelum menaiki Melaka River Cruise, dia kelihatan menegur beberapa orang tempatan yang sememangnya tidak lekang dengan senyuman.

Rakyat Malaysia yang berada di situ juga menunjukkan sifat ramah dan tidak malu untuk menegur lelaki warga Nigeria itu.

“Terima kasih banyak untuk kasih sayang yang diberikan. Saya terharu, rakyat Malaysia begitu penyayang dan mesra” tulisnya di ruangan kapsyen.

“Welcome to Malaysia!”

Dalam ruangan komen juga, video yang telah mendapat lebih 400k tontonan itu dipenuhi dengan komen-komen daripada rakyat Malaysia yang mengucapkan selamat datang kepadanya.

Cmbne

Kita memang friendly kan? Selamat datang ke Malaysia!

Baca: Mat Kilau Cetus Fenomena, Perak Cadang Set Penggambaran Jadi Tarikan Pelancongan

Cats 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.