Setiap hari mesti ada je kan cerita-cerita viral yang berlaku di Malaysia sampai kadang-kadang susah betul nak kita nak ikuti semua. Tapi pada masa yang sama kita pun tak naklah terlepas isu-isu semasa yang tengah berlaku sekarang ni kan?
Jadi macam biasa, #LobakMerahTop5 akan senaraikan berita-berita hangat, sensasi dan viral yang berlaku pada minggu ini supaya korang sentiasa up-to-date dengan isu semasa yang berlaku di Malaysia sekarang.
1. Janna Nick jelas video viral panggil Ruhainies ‘penyondol’
Susulan kontroversi perkahwinan Aliff Aziz dan Bella Astillah yang turut melibatkan Ruhainies, telah tular satu video lama menunjukkan Janna Nick telah bertanya sekiranya Ruhainies ada niat untuk menyondol sesiapa di satu majlis anugerah.
Ekoran ini, ramai yang mengatakan bahawa Janna sengaja berkata sedemikian kerana tahu dengan apa yang Ruhainies lakukan dan ada juga yang cakap Janna boleh ramal masa depan.
Disebabkan itu, Janna telah memberikan penjelasan mengatakan bahawa dia tidak berniat untuk menyindir Ruhainies dan perkara tersebut disebut ekoran isu semasa yang berlaku pada ketika itu.
Selain itu, Janna Nick juga menjelaskan bahawa dia seseorang yang percaya kepada kifarah, oleh itu dia enggan menjadikan ujian seseorang itu sebagai bahan jenaka.
Dia lebih bersimpati dengan nasib mereka yang terlibat dalam isu ini apatah lagi ia telah banyak melibatkan lebih banyak selebriti.
Artikel berkaitan: “Itu ikut isu semasa ketika itu” – Janna Nick Perjelas Isu Video Dikatakan ‘Sindir’ Ruhainies
2. Pelancong Indonesia dikecam ‘perlekeh’ perkataan Bahasa Melayu
Baru-baru ini, tular satu video dari seorang warga Indonesia yang dikatakan telah memperlekehkan Bahasa Melayu ketika pertama kali melancong ke sini.
Dalam video tersebut, lelaki bernama Yusuf Hendrato ini mengatakan perkataan Bahasa Melayu yang dibacanya itu dilihat aneh sehingga buat dia tergelak beberapa kali.
Beberapa netizen terutamanya dari Indonesia telah menegur tindakan Yusuf yang dianggap tidak menghormati tempat yang dikunjunginya.
Ekoran ini, Yusuf telah pun membuat permohonan maaf dengan mengatakan bahawa dia tidak mempunyai niat untuk memperlekehkan cuma dia merasakan ia agak kelakar kerana Bahasa Melayu dan Indonesia dilihat sama tapi mempunyai maksud yang agak berbeza.
Tambahnya lagi, kunjungan dia ke Malaysia juga sangat melekat ke hatinya kerana tempat yang dia pergi sangat cantik dan mesra Muslim.
Artikel berkaitan: Pelancong Indonesia Jadikan Bahasa Melayu Di KLIA Sebagai ‘Bahan Lawak’ Dikecam Netizen
3. Aliff Aziz buka mulut tentang kontroversi rumah tangga
Setelah lama berdiam diri, Aliff Aziz akhirnya telah tampil dalam satu temubual untuk menjelaskan situasinya selepas dijemput sebagai tetamu di podcast The Common Folks.
Dalam temubual tersebut, Aliff telah menyentuh beberapa isu termasuk mengatakan yang dia menyesal kerana mendedahkan kepada umum mengenai kecurangan Bella.
Selain itu, Aliff turut menjelaskan bahawa hubungannya dengan Bella telah lama retak dan turut berkongsi masalah peribadinya dengan Ruhainies yang ketika itu sedang menjalani penggambaran bersama.
Tak cukup dengan itu, Aliff juga turut memberikan komennya mengenai tindakan kekasih gelapnya Sarah Yasmin yang dianggap cuba untuk mencari populariti dengan mendedahkan mesej-mesej peribadinya.
Namun begitu, rata-rata netizen dilihat tidak menyebelahi Aliff walaupun telah menjelaskan beberapa perkara dan turut menganggap yang lelaki ini hanya berlakon untuk meraih simpati.
Artikel berkaitan: Aliff Aziz Kata ‘Enjoy The 5 Minute Of Fame’, Sarah Yasmine Dedah Dia Ucap ‘Goodbye’ Dulu
4. Wanita 50 tahun jumpa jodoh dengan lelaki 27 tahun
Kisah seorang wanita berusia 50 tahun berkahwin dengan lelaki yang muda 23 tahun dari umurnya telah tular di media sosial walaupun mereka telah bernikah setahun yang lalu.
Menurut Elya Sudirman, dia telah mendirikan rumah tangga dengan lelaki muda pilihannya itu selepas berkenalan tak sampai setahun.
Katanya, mula-mula keluarganya telah menentang niatnya untuk berkahwin ekoran usia lelaki tersebut yang dianggap terlalu muda.
Tapi selepas melihat usaha suaminya itu yang dilihat sanggup datang dari Kedah ke Johor untuk meyakinkan keluarganya, hubungan mereka mula direstui.
Elya turut berkata yang dia dan suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori itu sangat bahagia dengan perkahwinan mereka ekoran sifat saling mempercayai dan sering bertolak ansur.
Walaupun terkejut dengan penularan gambar perkahwinannya, Elya menerima segala komen dengan hati terbuka.
Artikel berkaitan: Jarak 23 Tahun Bukan Penghalang, Wanita 50 Tahun Jumpa Jodoh Umur 27 Tahun Di TikTok
5. Netizen terkejut lihat kedai batu nisan meriah dihiasi lampu liplap
@tira.zulkifliSiapa tahu kat jengka 😂♬ original sound – Hellotirashop
Satu video telah tular di media sosial di mana terdapat satu kedai bersebelahan sebuah restoran yang dilihat sangat meriah dan dipenuhi lampu namun ia sebenarnya menjual kepuk serta batu nisan.
Dalam video yang dikongsikan oleh @tira.zulkifli di TikTok, difahamkan kedai menjual barangan kubur itu terletak di Jengka, Pahang dan ia sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan.
Dapat dilihat dari video tersebut, kedai itu sangat meriah dengan cahaya lampu persis restoran masakan panas.
Ada netizen di ruangan komen juga turut menceritakan pengalaman mereka yang pernah tertipu dengan kedai tersebut kerana menyangka ia sebuah restoran.
Artikel berkaitan:”Lampu lip lap weh” – Kedai ‘Meriah’ Tapi Netizen Terkejut Rupa-rupanya Jual…