in

“Lampu lip lap weh” – Kedai ‘Meriah’ Tapi Netizen Terkejut Rupa-rupanya Jual…

Syaz Ft 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila kita memandu dalam jarak yang jauh pada waktu malam khususnya, kita akan cuba untuk mencari kedai atau restoran untuk berehat serta mencari alas perut.


Kedai makan pada waktu malam, biasanya akan menggunakan lampu yang ‘meriah’ bagi menarik perhatian pelanggan.

Namun, satu video telah tular di media sosial di mana terdapat satu kedai bersebelahan sebuah restoran yang dilihat sangat meriah dan dipenuhi lampu namun ia sebenarnya menjual kepuk serta batu nisan.

Artikel berkaitan: “Sudu zaman bila ni?” – Sudu Yang Disediakan Oleh Kedai Makan Ini Jadi Buah Mulut Netizen

Artikel berkaitan: “KKM seringgit” – Netizen Dah Mula Jelak Tengok Content Makanan Manisan Melampau

@tira.zulkifli

Siapa tahu kat jengka 😂

♬ original sound – Hellotirashop – Tira.zulkifli

Dalam video yang dikongsikan oleh @tira.zulkifli  di TikTok, difahamkan kedai menjual barangan kubur itu terletak di Jengka, Pahang dan ia sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan.

Dapat dilihat dari video tersebut, kedai itu sangat meriah dengan cahaya lampu persis restoran masakan panas.

“Orang Jengka mesti kenal tempat ni” 

Ruangan komen video berkenaan dipenuhi dengan pengalaman mereka yang pernah melalui jalan tersebut dan ada juga yang sudah ‘terkena’ dengan kedai itu.

Cats 1

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudah pun mendapat lebih sejuta tontonan serta lebih 600 komen.

Korang yang suka drive malam tu jangan salah kedai lak…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.