Berlegar kini di media sosial trend lirik lagu ‘pinjam seratus Nur Nilam Sari, pinjam dahulu bayar nanti’ yang digubah dari lirik lagu Nur Nilam Sari nyanyian kumpulan popular Wings.
Trend tersebut bukan sahaja popular di TikTok, malah turut dibawa bergurau oleh penyampai radio, Azad Jasmin ketika berjumpa Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Untuk siapa yang belum tahu, lagu tersebut merupakan ciptaan Datuk M Nasir dan ditulis oleh Allahyarham Loloq.
Artikel berkaitan: “Auto pucat muka” – Pak Azad Cuba ‘Pinjam Seratus’ Dari PMX, Tapi Dapat Ceramah Pula
Artikel berkaitan: “Majoriti pengacara tak mampu buat dia bercakap” – Netizen Salute Cara TikTokers Ini Interview Dato’ M Nasir
@bendang_boy pinjam seratus, pinjam dahulu bayar nanti… ??? #awie #awiewings #nurnilamsari #pinjamseratus #bayarnanti #fypシ゚viral #fyp
Melihat lagu tersebut digubah dan menjadi siulan orang ramai ketika ini, M Nasir menegaskan dia bersifat terbuka dan tidak mempunyai masalah tentang perkara itu.
Beliau menyifatkan platform TikTok adalah pengaruh media sosial paling efektif sekali gus menjadi budaya golongan muda masa kini.
“Pada saya TikTok adalah platform paling berpengaruh dan menjadi budaya pada era ini. Tak tahulah bila ia (TikTok) akan basi (buat orang jemu).
“Malah, rasanya tidak ada yang negatif atau positif pun kerana memang ia popular sekarang ini. Cuma, bergantung kepada pengguna untuk manfaatkannya,” katanya.
Menurutnya, sesuatu karya muzik yang sudah dihasilkannya juga adalah hak awam dan tiada sebab untuk dijadikan sebagai isu.
Katanya lagi, beliau sebolehnya tidak mahu memanjangkan hal itu berikutan lagu pun sudah tular di platform TikTok yang ketika ini menjadi perhatian seluruh masyarakat dunia.
Untuk pengetahuan semua, lagu Nur Nilam Sari dedikasikan M Nasir buat anak bongsunya hasil perkahwinan dengan Allahyarham Junainah Johari.
Sumber: Harian Metro