in

“Lim Guan Eng burukkan saya”

Arullim 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas perjumpaan dengan Arul Kanda semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendakwa bahawa Pengarah 1MDB itu seorang yang tidak jujur dan tidak boleh dipercayai. Lim menuduh Arul menukar kenyataan tentang kewangan 1MDB yang dibuat sebelum kerajaan bertukar.


Selepas hal ini sampai ke pengetahuan Pengarah 1MDB tersebut, Arul Kanda menulis sendiri satu kenyataan balas di Malaysiakini tentang apa yang terjadi.

Menurut Arul, kenyataan bahawa dia menyertai 1MDB pada tahun 2015 adalah tidak dapat disangkal. Ini bermaksud dia masuk ketika 1MDB sudah pun dilanda kesulitan. Pengurusan sebelum ini dikatakan menjadi punca syarikat dibebani hutang terkumpul yang banyak.

22 6
sumber: the star

Pendek kata, Arul mendakwa segala salah laku yang tercatat dalam laporan tentang 1MDB dari PAC, Ketua Audit Negara, dan saman sijil DOJ berlaku sebelum kehadirannya di syarikat tersebut. Arul juga memberitahu bahawa ada banyak pihak yang sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB buat masa ini termasuklah isu pelaburan dana yang telah diketengahkan sejak tahun 2015.

Sewaktu mesyuarat dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Arul mendakwa dia telah cuba untuk menjawab semua soalan yang ditanya dengan jujur dan semampunya, namun tidak mempunyai sebarang dokumen sokongan pada waktu itu. Namun dia mengakui telah cuba sedaya upaya memberikan jawapan berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang dimiliki.

33 4
sumber: malaysiakini

Walaupun merasakan bahawa dia telah menjawab soalan dengan baik, Arul merasakan adalah tidak adil untuk Lim Guan Eng membuat kenyataan mendakwa dia tidak jujur.

“Ia adalah tidak menyeluruh dan tidak tepat untuk mewakili bagaimana sebenarnya soalan ditanya dan jawapan dijawab. Keadaan saya ketika itu, context jawapan saya yang tidak diambil kira memberikan tanggapan yang salah dan memburukkan saya.”

“Saya juga menafikan fitnah dan serangan peribadi daripada Lim Guan Eng kepada saya. Saya sudah jumpa dengan peguam peribadi bagi mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap hal ini.”

Pun begitu, Arul memberitahu bahawa dia akan terus memberikan sepenuh kerjasama dengan mana-mana siasatan berkaitan dengan 1MDB.

Sama-sama kita tunggu hasil siasatan untuk ketahui hal yang sebenar.

Baca: Arul Kanda KENA Bayar Hutang 1MDB RM144 Juta Sebelum 30 Mei

Arul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.