Lif Ragut Nyawa Remaja 19 Tahun Di Pulau Pinang

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sedihnya kalau tiba-tiba dapat khabar berita bila ahli keluarga kita meninggal dunia. Lebih-lebih lagi, dia meninggal dunia semasa sedang bekerja.

Itulah yang berlaku ke atas Mohammad Shahrukh Khan Mohd Mydin, 19, yang bekerja sebagai penghantar ayam pagi tadi.

Dalam kejadian tu, mangsa dikatakan tersepit di lif barang di sebuah restoran yang terletak di Georgetown, Pulau Pinang.

 

Mangsa guna lif barang untuk hantar ayam dalam restoran

Dalam kejadian jam 10 pagi, mangsa dikatakan menggunakan lif itu untuk menghantar ayam di dalam restoran berkenaan.

Sumber: Berita Harian

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, pihaknya terpaksa meminta bantuan anggota bomba dan penyelamat untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.

“Mangsa tersepit pada lif mengangkat barang di tingkat tiga restoran berkenaan dan dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

“Hasil siasatan awal kita mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku dalam kes ini.” katanya.

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa.

Baca: Sedih… Tunang Mati Beberapa Minit Sebelum Majlis Kahwin

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Suraya Roslan

Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.