in

Lepas Viral Pendedahan Ustaz Pasal Nutrimalt, 7-Eleven Tampil Bagi Respon

7 Eleven Nutrimalt

Berhubung kes tular tentang minuman Nutrimalt baru-baru ini, pihak 7-Eleven tampil memberikan kenyataan kepada para pelanggan mereka.

Menurut kenyataan tersebut, pihak mereka telah menerima aduan berkaitan salah satu produk yang dijual di outlet mereka iaitu Nutrimalt yang dikeluarkan oleh kumpulan Carlsberg yang telah mencetuskan kebimbangan ramai tentang status produk berkenaan.

7-Eleven telah mengambil tindakan dengan menghubungi pengeluar Nutrimalt untuk mendapatkan pencerahan dan pihak pengeluar turut memberikan keterangan rasmi serta menekankan bahawa produk ini tidak mengandungi alkohol.

Background 2 Front Horz

Menerusi kenyataan itu lagi, menjelaskan bahawa 7-Eleven sentiasa bersedia untuk mendengar maklum balas yang dikongsikan oleh para pelanggan sama ada ianya negatif mahupun positf demi meningkatkan servis mereka menjadi lebih baik dan percaya, penambahbaikan secara berterusan ini amat penting dalam memberikan pengalaman terbaik kepada para pelanggan.

Dalam masa yang sama, pihak 7-Eleven menekankan komitmen secara berterusan mereka dalam memastikan kebimbangan para pelanggan didengari dan diuruskan dengan baik supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kesemua pelanggan sambil menekankan bahawa semua produk yang dijual di outlet mereka akan melalui proses kelulusan yang ketat demi keselamatan dan penggunaan yang terjamin.

Mengakhiri kenyataan tersebut, pihak 7-eleven berharap agar maklumat yang dikongsikan dapat memberikan pencerahan kepada isu yang tular tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada sokongan tanpa henti dan maklum balas dari pelanggan.

Sumber: 7-Eleven