in

Lepas Tengok Apa Jadi Kat KTM, Memang Terbukti Orang Malaysia Masih Mentaliti Kelas Ketiga

Ktm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang selalu naik tren nak pergi kerja, hati-hati tau! Sebabnya bila musim pilihan raya macam ni, ada je manusia jenis mentaliti kelas ketiga buat hal tak fikir orang lain. Hish!



Menurut perkongsian seorang wanita bernama Malisa kat akaun Twitter, semalam bapa dia pandu tren dari Sentul yang penuh dengan iklan Barisan Nasional. Hanya sebab tren tu ada iklan BN, korang tak akan percaya apa jadi.

22 1
sumber: twitter

 

Penumpang terkejut tiba-tiba tren dibaling dengan batu

Waktu tu bapa Malisa sedang memandu tren ni dari Sentul ke laluan Tanjung Malim dan Tampin. Tiba-tiba tak pasal-pasal ada orang duk baling batu kat tren ni sampai 18 cermin retak dan hampir pecah. Kalau ye pun tak suka sangat tengok iklan BN terpampang kat tren tu, tolonglah jangan sesuka hati baling batu.

Kat dalam tu ada ramai penumpang, ada orang-orang tua, kanak-kanak, kadang-kadang bayi pun ada. Kalau dorang tercedera, salah siapa? Mujurlah semua selamat, tapi bapa Malisa dan penumpang dia memang terkejut sebab tingkap tren kena batu dan pecah.

11 2
sumber: twitter
44 1
sumber: twitter

 

Nak ubah Malaysia tapi mentaliti masih kelas ketiga

Marahkan kerajaan, tapi orang lain yang jadi mangsa. Inilah yang kita kata marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Lepas Malisa share pasal ni, ramai yang duk komen pasal betapa mentaliti orang-orang macam ni masih di takuk lama.

“Ramai rakyat Malaysia kutuk dan hina pasal semua benda, politik mahupun personal, tapi tanpa sedar banyak buat salah, diri sendiri pun perlu diperbetul jugak.”

“Kalau geram sangat, baling lah kat pemimpin yang korang benci. Jangan la sebab dia korang mengamuk kat orang lain. Jadi bijak sikit boleh?”

33 1
sumber: twitter
55
sumber: twitter

“Saya tak rasa ni isu politik. Isu penting kat sini adalah keselamatan awam. Baling batu kat cermin tren yang dalamnya ada orang awam. Keganasan tu dah satu hal, menderakan orang awam memang tak boleh diterima.”

“Saya setuju. Banyak cara nak ubah Malaysia. Tapi kena mula dari rakyat. Rakyat kena jadi lebih berilmu, lebih berakhlak. Katanya nak buang pemimpin corrupt. Gunakan buah fikiran, bukan cara mengganas.”

Kalau ye pun tak suka sangat dengan kerajaan yang ada, janganlah sampai hampir cederakan orang lain. Ada cara lain yang lebih bijak. Contohnya, pangkah petak yang korang rasa lebih layak memerintah 9 Mei nanti. Buat pilihan bijak!

Baca: Pakcik Ini Disuruh Undi BN Sebelum Dapat Wang Cabutan Bertuah RM25,000

Cas 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.