in

Lepas Sorang, Sorang… Lebih 20 Bintang K-Pop Positif Covid-19 Dalam Tempoh Kurang Seminggu!

Page Idol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermula pada 19 Januari lalu, salah seorang ahli kumpulan Super Junior, Eunhyuk telah disahkan positif Covid-19 selepas menjadi tetamu jemputan di program Running Man. Walau bagaimanapun, menurut Soompi, kesemua ahli Running Man disahkan negatif.


Tapi min dengar, walaupun semua dah dikatakan negatif, Song Ji-hyo tetap menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari…

One

Sejak dari situ, boleh dikatakan trend penularan wabak Covid-19 bermula di kalangan idol malah ianya telah menyerang seorang demi seorang dari kumpulan yang sama kurang dari seminggu!

Oleh itu, jom kita tengok satu persatu kumpulan idol yang mempunyai beberapa ahli kumpulan yang telah disahkan positif Covid-19.

1. iKON

Antara kumpulan terawal mempunyai ramai ahli yang disahkan positif Covid-19 adalah iKON dari YG Entertainment. Pada 23 Januari, tiga ahlinya iaitu, Kim Jin-hwan, Song Yun-hyeong dan juga Kim Dong-hyuk telah disahkan positif selepas mereka mengalami demam.

Ikon 1

Selang dua hari selepas berita itu, Koo Jun-hoe pula disahkan positif dan pada 27 Januari, ahli termuda dari iKON iaitu Jung Chan-woo juga disahkan positif. Kedua-dua mereka tidak mempunyai sebarang simptom. Setakat ini, hanya Bobby sahaja yang masih negatif dari wabak tersebut.

Two

2. Treasure

Masih lagi kumpulan dari YG Entertainment, kali ini melibatkan kumpulan termuda mereka iaitu Treasure. Dalam kesibukan kumpulan dengan 12 ahli itu menyiapkan diri untuk comeback pada pertengahan Februari ini, beberapa ahli kumpulan mereka telah dijangkiti Covid-19.

Treasure Members Profile

Bermula dengan Hoshi yang disahkan pada hari yang sama dengan Koo Jun-hoe, tiga lagi ahli lain iaitu Hyunsuk, Junkyu dan Mashiho juga disahkan positif pada 27 Januari selepas mereka menjalani ujian kendiri.

Three Vert

3. THE BOYZ

Selain itu, pada 24 Januari, kumpulan THE BOYZ dari IST Entertainment juga mengalami trend yang sama selepas ahli termuda mereka, Eric telah disahkan positif Covid-19 diikuti pula dengan Young-hoon dan juga Hyun-jae pada keesokan harinya.

Tbz

Terkini, Ju Haknyeon pula menjadi ahli keempat yang telah disahkan wabak tersebut selepas menjalani ujian saringan untuk kali kedua. Menurut Soompi, ketiga-tiga mereka (Young-hoon, Hyun-jae dan juga Haknyeon) tidak mengalami sebarang simptom dan mereka kini menjalani kuarantin dengan ketat.

Haknyeon

4. WEi 

Kumpulan keempat yang mempunyai beberapa ahli kumpulan yang telah disahkan positif adalah Wei. Difahamkan setakat ini, tiga dari enam ahli kumpulan iaitu Kim Dong-han, Yoo Yong-ha dan Kang Seok Hwa merupakan ahli yang dijangkiti Covid-19.

Wei

Mereka yang telah debut pada 2020 itu telah menjalani ujian PCR selepas mereka mengalami demam dan juga batuk. Mereka juga telah melengkapkan suntikan vaksin sebelum disahkan positif.

5. Kep1er

Baru sahaja debut secara rasmi pada 2021 selepas menyertai program survival Girl’s Planet anjuran Mnet, kumpulan perempuan Kep1er juga tidak terkecuali dengan kumpulan yang turut dijangkiti Covid-19.

Kep1Er 22

Pada 28 Januari, dua ahli kumpulan mereka iaitu Chae-hyun dan Young-eun dilaporkan telah dijangkiti wabak itu selepas menjalani ujian PCR. Agensi Kep1er, Wake One Entertainment memaklumkan bahawa kesemua ahli kumpulan termasuk mereka berdua telah divaksin sepenuhnya.

Kep1Err

Bukan itu sahaja, beberapa idol lain seperti Lee Seung-hoon dari kumpulan Winner, Kwon Eun-bi dari IZ*ONE dan juga Jae-hee dari Weeekly juga telah disahkan positif Covid-19.

Min harap korang semua kembali pulih seperti biasa. Yang penting, pastikan rehat secukupnya dan jaga pemakanan okay?

Sumber: Soompi, Allkpop

Baca: Banyak Penggambaran TV Program Di Korea Terpaksa Ditangguh Lepas Yoo Jae-suk Disahkan Positif Covid-19

Untitled 3 12

Sumber: Koreaboo
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Soompi
Sumber: Soompi
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.