in

Banyak Penggambaran TV Program Di Korea Terpaksa Ditangguh Lepas Yoo Jae-suk Disahkan Positif Covid-19

Page Jaesuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, peminat-peminat hiburan Korea dikejutkan dengan berita tentang pengacara terkenal dari Korea Selatan iaitu Yoo Jae-suk selepas disahkan positif Covid-19.


Berita itu disampaikan oleh agensinya sendiri iaitu Antenna selepas Yoo Jae-suk membuat ujian PCR kali kedua pada pagi Isnin (13 Disember) selepas mendapati dia menjadi salah seorang kontak rapat kepada salah seorang pada 11 Disember lepas.

Jae-suk yang telah melengkapkan dua suntikan vaksinnya pada September lepas, segera membatalkan semua jadualnya dan meneruskan rawatan serta kuarantin seperti yang diarahkan oleh pihak kesihatan Korea Selatan.

Jaesuk

Program TV terpaksa tangguh penggambaran, staf turut buat ujian PCR

Menurut Soompi, disebabkan itu, beberapa program TV di Korea Selatan terpaksa menangguhkan penggambaran mereka kerana melibatkan Yoo Jae-suk serta memberi ruang untuk dia kembali pulih sepenuhnya.

Salah satunya adalah variety show Running Man yang dibintangi oleh Yoo Jae-suk selama 11 tahun terpaksa meneruskan penggambaran mereka semalam tanpa keberadaan Jae-suk.

 

“Yoo Jae-suk tidak menghadiri penggambaran hari ini (13 Disember) kerana dia berisiko tinggi untuk dijangkiti dengan Covid-19 semasa penggambaran belum bermula jadi kami meneruskannya tanpa Jae-suk. Namun, kami masih lagi belum memutuskan rancangan kami untuk penggambaran yang akan datang” – Produser Running Man

Manakala produser untuk program You Quiz On The Book dan How Do You Play memberitahu bahawa kesemua staf mereka segera menjalani ujian PCR selepas Yoo Jae-suk telah disahkan positif Covid-19.

Yyjs

Oleh itu, penggambaran How Do You Play pada 15 Disember yang bertemakan Festival Dotori juga terpaksa dibatalkan. Untuk Anugerah Hiburan SBS 2021 pula, pihak SBS telah mengesahkan Yoo Jae-suk tidak akan menghadiri majlis anugerah tersebut yang dijadualkan pada 18 Disember ini.

Semoga Yoo Jae-suk dapat sembuh sepenuhnya… Mesti peminat akan rindu nak tunggu Jae-suk mengusik members dalam Running Man!

Baca: Hanya Lisa Positif, Tiga Ahli Blackpink Lain Disahkan Negatif

Untitled 3 8

Sumber: Soompi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.