in

“Lepas ni terus tetak atau tembak” – Pelajar Uni Jadi Mangsa Keadaan, Tak Pasal Kena Serang Ah Long

Kena Serang Ah Long

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Lepas ni terus tetak atau tembak" - Pelajar Uni Jadi Mangsa Keadaan, Tak Pasal Kena Serang Ah Long
Loading
/

Biasalah pelajar universiti kalau lepas sem 1 mesti duduk menyewa dengan kawan-kawan dekat luar kampus kan? Tapi, malangnya bagi beberapa orang pelajar universiti awam di Batu Pahat ni yang tak pasal pasal jadi mangsa keadaan lepas dorang sewa rumah.


Menurut satu posting di Twitter yang viral, rumah yang dorang duduk menyewa tu dikatakan mempunyai sejarah hitam. Semalam rumah tu diserang geng ah long yang mengganas dan katanya mereka nyaris dibunuh!

Along5
sumber: twitter

 

Owner lama hutang dengan ahlong

Menurut salah seorang penyewa tu, individu yang berhutang dengan ah long terbabit adalah owner lama rumah tapi disebabkan dorang yang duduk menyewa dekat situ, jadilah mangsa keadaan.

Along1

Ahlong1
sumber: twitter

 

Memang betul-betul berdiri depan ahlong

Kata pelajar tu, ketika kejadian mereka sendiri terkejut dengan kehadiran orang-orang suruhan ah long dan dia sendiri memang berdepan dengan mereka tu semua!

Ahlong2

Ahlong3

 

Ahlong4
sumber: twitter

 

Habis kawasan depan rumah dibaling cat merah

Beberapa gambar yang dimuat naik dekat Twitter menunjukkan sekeping nota ditampal dekat pagar rumah. Bukan tu je, kawasan depan rumah pun habis penuh dengan cat merah. Pintu rumah, lantai, dinding kasut, topi keledar dan dua biji motor milik pelajar tu pun habis terkena cat merah tu.

Along2

Along4

Along3
sumber: twitter

 

Bukan kali pertama dan dah sampai ke pihak polis

Kata jiran sebelah rumah dan yang lain, ni kes kali kedua rumah tu kena. Semoga lepas ni ah long tu tak kacau lagi la, kesian bakal penghuni rumah tu.”

Difahamkan, mangsa telah pun buat laporan polis selepas kejadian itu semalam.

Baca: “Penyewa ini sial menyusahkan orang” – Gadis Stress Diganggu Ah Long Gara-gara Peminjam Guna Alamat Rumah Sewa Lama

Hutang Ahlong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.