in

“Lepas hari ni sale kita semua akan laju” – Jofliam Dedah Mesej Daripada Pihak Founder Lepas Teruk Dikecam?

Jofliam5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu video pengasas produk mempersoalkan kisah silam seorang gelandangan ini nampaknya telah mendapat perhatian ramai pihak, antaranya barisan artis seperti Aaron Aziz, Sherry Ibrahim bahkan insan yang begitu lantang dalam membahaskan isu semasa, Caprice sendiri.



Menyedari perkara tersebut, pengasas itu difahamkan telah membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakannya itu.

 

Lagi 2 3 hari senyap ler tu

Namun begitu, influencer Jofliam yang mula-mula mendedahkan video itu menerusi IG Storynya mendedahkan mesej yang dipercayai dari pihak pengasas yang memberikan taklimat itu berkenaan nasib yang menimpa pada dirinya.

Dalam mesej tersebut dijelaskan bahawa mungkin apa yang jadi kepada pihak mereka ini adalah satu peluang baik untuk menaikkan jenama perniagaan mereka.

Dalam pada itu, individu tersebut menyatakan bahawa isu kecaman seperti ini hanya bertahan sebentar sahaja dan menjamin jualan produk mereka akan laris selepas isu ini.

Boleh baca satu screenshot yang didedahkan daripada Jofliam ini.

Image From Ios 12 4

Dengan kenyataan itu daripada mesej itu, Jofliam turut memberikan respon mengenainya. Menurut Jofliam, pihak sana mendakwa bahawa Jofliam telah memfitnahnya kerana muat naik hanya keratan video.

Jadi, Jofliam menegaskan bahawa video yang dikongsikan itu adalah berdasarkan perkongsian daripada tuan empunya badan yang kongsikan sekerat sahaja.

Image From Ios 13 1 1

Disebabkan itu, Jofliam cuba berprasangka baik bahawa mungkin ada cerita yang disebaliknya apabila menonton video penuh, bagaimanapun apabila berjaya mendapatkan versi penuh, Jofliam berpendapat bahawa….

Jofliam

Pihak pengasas itu turut menjelaskan bahawa mereka akan berikan video penuh itu di saluran yang betul dan ini respon Jofliam.

Image From Ios 15 1

 

Bak mai writ saman tu

Jofliam2

Untuk rekod, peguam kepada pengasas yang dikenali sebagai Carl Samsudin ada tampil menjawab isu ini.

Menurut mStar, peguam Emma Sakira menjelaskan klip video yang tular itu hanya sebahagian sahaja, ia diambil dengan tujuan untuk menjatuhkan anak guamnya.

Malah, Emma menjelaskan bahawa ia adalah satu ceramah motivasi dan menepis dakwaan mengherdik seorang gelandangan berusia 60-an ketika sesi ceramah motivasi itu.

Kejadian dalam klip itu adalah satu program jemputan untuk menyampaikan ceramah motivasi ‘Ubah Hidup’ kepada 20 orang gelandangan di Pusat Transit Gelandangan KL, Selasa lalu.

 

Baca : “Bahasa sedikit kasar tapi korang still tak dapat ke point saya?” – Founder Viral ‘Offer’ RM150 Untuk Komen Paling Positif?

Ft Carl Samsudin Offer 150 Komen Paling Positive

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.