in

“Lembab” – Hina JAIS Dalam Video Terbaru, Dr Rafidah Minta Ibu Bapa Sajat Doakan Anak Bertaubat

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun telah berhijrah ke Australia, Sajat masih menjadi tumpuan ramai apabila baru-baru ini dia telah menghina Jabatan Agama Islam Selangor dalam video terbarunya.


Video yang telah dimuat naik semula di TikTok oleh seorang pengguna ini menunjukkan Sajat memperolok-olokkan institusi agama itu kerana lambat membuat tindakan ke atasnya sehingga dia sempat melarikan diri ke Thailand.

Sajat lagi pantas dari JAIS. JAIS baru nak ketuk pintu Sajat dah sampai Thailand dah sawadikap sawadikap.

JAIS baru nak bagi assalamualaikum, salam sejahtera. Ko lambat JAIS! Mak dah gerak dah. Mak dah mek aw mek aw dah.”

@fichfahmi

#ad Komen sajat kepada JAIS #jais #sajat #meawmeaw

♬ original sound – tiktok what? – tiktok what?

Ekoran kenyataannya ini, Pensyarah Fisiologi di Universiti Sains Islam Malaysia Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar Facebook telah meminta agar anak-anak muda tidak mudah terpesona menonton video dari Sajat ini.

Tak ada apa yang memeranjatkan melihat Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman memperolok-olokkan JAIS dalam Tik Tok terbaru beliau.

Agar anak-anak muda tidak terlalu terpesona dengan paparan tersebut, saya coretkan sedikit beberapa pesanan.

Dah lama ayat Quran sebut tentang perkara ini:

{ إِنَّ ٱلَّذِينَ أَجۡرَمُواْ كَانُواْ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يَضۡحَكُونَ }
[Surah Al-Mutaffifîn: 29]

Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman.”

Tambah Dr Rafidah lagi, beliau yakin pihak institusi agama ini telah pun menjalankan tugas mereka dengan baik dan sekarang Sajat yang dilihat obses dengan JAIS.

Doa anak bertaubat

Selain itu, Dr Rafidah turut menceritakan pengalamannya berjumpa beberapa mak nyah yang berhijrah di Malaysia dan di Indonesia. Kebanyakan dari mereka percaya bahawa doa ibu yang tidak putus membuat mereka pulang ke jalan yang benar.

Justeru itu saya berharap agar ibu dan bapa kepada Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendoakan agar beliau kembali ke jalan yang benar. Terangkan dengan jelas kesilapannya.”

أَجۡرَمُواْTak ada apa yang memeranjatkan melihat Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman memperolok-olokkan JAIS dalam Tik Tok…

Posted by Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar on Monday, February 28, 2022

Tak cukup dengan itu, Dr Rafidah turut mengatakan walaupun Australia menyokong pertukaran jantina dan identiti, kajian turut mendapati golongan transgender di sana turut mengalami diskriminasi sehingga ramai yang mencederakan diri sendiri ekoran tertekan dengan stigma masyarakat.

 

Baca: Lepas Sajat, Safiey Illias Didakwa Bakal Berhijrah & Mula Kehidupan Baru Di Bangkok?

Safiey Bakal Pindah Duduk Bangkok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.