Sebuah mesin pengeluaran wang automatik atau mesin ATM di Pekan Nabawan, Keningau, Sabah mengalami kerosakan pada skrinnya setelah ditumbuk oleh seorang lelaki beberapa hari lalu.
Menurut laporan Berita Harian, lelaki itu telah menumbuk skrin mesin ATM itu sehingga ia pecah kerana ketika kejadian, lelaki tersebut tidak sedar dirinya bertindak sedemikian kerana mabuk.
Menurut Superintendan Yampil Anak Garai iaitu Ketua Polis Daerah Keningau, kerosakan pada skrin mesin ATM itu hanya disedari oleh pengawal keselamatan yang bertugas menjaga mesin ATM itu sekitar jam 8 pagi kelmarin.
Laporan polis berkenaan kerosakan mesin ATM itu kemudiannya dibuat oleh seorang pegawai bank.
Artikel Berkaitan: Misteri Hantu ATM Jusco Di Jepun Yang Masih Belum Terjawab Hingga Ke Hari Ini
Artikel Berkaitan: Kim Sung Jae: Kematian Bintang K-pop Paling ‘Misteri’, 28 Kesan Jarum Ditemui Pada Mayatnya
Namun, apa yang menjadi perhatian ialah suspek yang bertindak menumbuk skrin mesin ATM itu sehingga pecah telah datang sendiri ke balai polis tidak lama kemudian untuk mengaku bahawa kejadian itu berlaku disebabkan dirinya.
Difahamkan, lelaki itu juga mengalami luka pada tangannya dipercayai akibat menumbuk skrin mesin ATM itu.
Suspek difahamkan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan dia juga bersetuju untuk membayar ganti rugi kerosakan skrin mesin ATM yang disebabkan olehnya itu.
Sumber: Berita Harian