Allahu! Gara-gara tak cukup tidur, lelaki ni sampai tergamak tikam imam yang tengah baca Al-quran waktu subuh?
Menurut NST, kejadian malang ini berlaku di Masjid Kampung Apal di Jertih, Terengganu. Insiden ini seperti “sudah jatuh ditimpa tangga” bagi imam ini kerana pada Jumaat lalu, dia baru saja kehilangan bapanya.
Mangsa yang berusia 32 tahun ini sebenarnya merupakan imam di Surau Rantau Petronas di Kerteh dan dia pulang ke Jertih kerana menguruskan jenazah bapanya.
Ceritanya, selepas solat subuh, imam ini membaca Al-Quran menggunakan loudspeaker masjid. Tindakan imam ini menimbulkan kemarahan seorang penganggur yang tinggal lebih kurang 100 meter dari masjid tersebut kerana dikatakan mengganggu tidurnya.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, suspek yang berusia 23 tahun didapati positif methamphetamine dan mengaku menikam mangsa dengan menggunakan sebilah pisau.

“Suspek tiba-tiba datang dari arah belakang menikam bahagian dada mangsa. Hasil siasatan awal, suspek mengaku melakukan perbuatan itu kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang membaca al-Quran di dalam masjid menggunakan pembesar suara.”
Nasib baik imam ini selamat kerana sempat dikejarkan ke hospital walaupun dia menerima tujuh jahitan di dada.

Tapi korang jangan risau kerana suspek telah pun ditahan di rumahnya dan pisau yang digunakan untuk menikam imam malang itu juga turut ditemui.
Ish, admin kalau tak cukup tidur paling-paling pun takde mood je, belum pernah lagi terpikir nak tikam orang.
Baca: Suami Tikam Isteri dan Kawan Lesbian Sebab Duduk Serumah & Panggil “Sayang”