Setiap orang pasti mahukan kehidupan normal dengan dapat melakukan apa sahaja tanpa batasan. Namun, bagi pemuda berusia 24 tahun dari Kelantan ini, semuanya hanya mimpi apabila dia tidak dapat menjalani kehidupan seharian seperti orang lain.
Graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Muhammmad Izani Mat Jaih, bukan hanya tidak dapat bergerak tetapi juga terpaksa menanggung derita apabila kaki kirinya membengkak sejak beberapa tahun lalu.
Menurut Harian Metro, penyakit menyerupai kaki gajah atau dengan nama saintifik Elephantiasis itu telah mengubah cara kehidupannya yang aktif sebelum ini.
Lebih teruk lagi, kadang kala dia harus menahan kesakitan apabila kaki yang kini seberat 60 kilogram itu mengeluarkan air bisa.
Menurut Izani, segalanya bermula pada tahun 2008 apabila dia serang mengalami gatal di kakinya selain turut demam panas selama seminggu.
“Kaki saya berasa gatal seperti saya mempunyai masalah kulit dan doktor yang merawat pada ketika itu memberitahu bahawa apa yang saya alami tidak serius.”
Hari berganti hari, makin lama kakinya makin membengkak meskipun telah pergi mendapatkan rawatan daripada pakar tulang dan kulit.
Kisahnya mendapat perhatian Exco Negeri Kelantan, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan yang kemudian menziarahinya di Desa Takwa Kg. Paloh Rawa, Machang.
Menurut The Star, Izani telah menjalani pemeriksaan lebih menyeluruh baru-baru ini dan keputusannya dijangka diketahui pada 19 Julai.
Diharap penyakit anak muda ini dapat dirawat supaya dia kembali aktif seperti sedia kala!
Baca: Wanita Derita Sakit Misteri, Seluruh Badan Dipenuhi Benjolan Sedih Digelar Alien