in

Lelaki Sanggup Mengaku Mualaf Untuk Raih Simpati, Rupanya Nak Menipu Duit Orang Untuk Settlekan Hutang Kad Kredit

Dd 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai umat Islam, sudah semestinya kehadiran ‘saudara’ baharu merupakan satu perkhabaran yang gembira.


Namun, ada juga pihak yang mengambil kesempatan untuk menggunakan gelaran ‘mualaf’ sebagai tiket untuk meraih simpati malah sanggup menipu orang ramai.

Seorang imam masjid Seksyen 5, Kota Damansara berusia 38 tahun menjadi mangsa kepada  seorang lelaki bersama rakannya yang mengaku baru memeluk Islam dan mengalami masalah kewangan.

D1 7

Dalam kejadian yang berlaku pada 1 Februari lalu, suspek dikatakan telah bertemu dengan imam masjid tersebut dan memohon bantuan wang bagi urusan menyelesaikan masalah kad kredit setelah disekat pihak bank.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata suspek telah berurusan dengan mangsa beberapa kali untuk meminta wang.

“Mangsa dengan niat membantu menyerahkan RM450 kepada suspek sebelum suspek menyatakan mahu ke Terengganu.”

“Setiba di Terengganu, suspek meminta wang tambahan bagi urusan mengaktifkan kad kreditnya menyebabkan mangsa sekali lagi menyerahkan wang RM650 melalui pindahan wang ke akaunnya.”

 

Suspek sekat nombor telefon mangsa

Selepas proses transaksi wang berjaya, mangsa memaklumkan nombor telefonnya disekat suspek dan gagal dihubungi.

Dia menyedari kejadian sama tular di dalam Facebook menyatakan lelaki itu sudah menipu ramai imam dan ustaz di Selangor.

 

Terserempak dengan suspek selepas 6 bulan

Mangsa melaporkan dia sekali lagi terserempak dengan suspek semalam dan berkemungkinan ingin melakukan jenayah sama.

Tindakan suspek itu akhirnya terbongkar selepas ditahan bersama rakannya di perkarangan Surau Mutiara Damansara semalam sebelum menyerahkannya kepada polis.

D 12

Pihak polis berjaya menahan suspek dan tangkapan tersebut dibuat oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, lapor Harian Metro.

“Siasatan mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah lampau dan kini ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.”

 

Baca: “18 tahun kot saya pernah makan babi”- Gadis Mualaf Ceritakan Auta Disebalik Restoran ‘Serve No Pork’

D2 2 1

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.