in

“Ada tamu nunggu jenazah gua” – Tipu Isteri Naik Sriwijaya Air Padahal Pergi ‘Honeymoon’ Dengan Scandal?

Curang9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap perkara mesti ada hikmahnya, kalau dah ada niat tak baik nak buat, sekelip mata je tuhan nak tunjuk. Sebagaimana yang kita ketahui, seluruh rakyat Indonesia kini dilanda kesedihan berhubung insiden pesawat Sriwijaya Air SJ 182 pada hari Sabtu lepas (9/1/2021).


Harap apa yang terjadi ini menjadi tamparan hebat buat si suami yang curang ini. Kisahnya viral di media sosial apabila kegiatannya nak berselingkuh dengan isterinya terbongkar apabila berlakunya insiden pesawat tersebut.

 

Menipu isteri ada urusan kerja, tapi ‘melencong’ ke tempat lain dengan scandal

Lelaki itu memberitahu isterinya bahawa dia akan pergi dari Jakarta ke Pontianak untuk hal kerja dengan menaiki pesawat Sriwijaya Air hari Sabtu (09/01/2021) jam 2 petang.

Tapi sebenarnya akaun Tiktok @Thojenk mendedahkan bahawa lelaki itu sebenarnya ke Bali untuk meraikan hari ulang tahun perempuan simpanannya.

Selepas digemparkan dengan insiden pesawat tersebut, difahamkan isterinya itu dah buat majlis tahlil dan sedang menunggu jenazah suaminya itu.

Dalam perkongsian itu, ada ditunjukkan perbualan lelaki tersebut dengan seseorang, tengah buntu nak cari solusi.

Curang

Alahai bang, salah pilih date. Boleh tengok perkongsiannya disini

Menurut sumber, pihak keluarganya dah tahu hal ini, ada yang kata keluarganya bersyukur sebab tak terkorban dalam masa yang sama kecurangan suaminya terbongkar oleh isteri.

Kes ini telah viral sampai ke Malaysia di Twitter, ada antara mereka sangsi dengan perkongsian ini kerana sudah pastinya akan ada nama senarai penumpang kan?

 

Reaksi netizen

Curang2 Curang3 Curang4 Curang5 Curang6 Curang7

Biarpun kesahihan ceritanya tidak diketahui, tetapi ada netizen anggap bahawa ia satu tamparan hebat buat lelaki tersebut bahawa dia’ diselamatkan’ untuk bertaubat dengan perbuatannya itu.

 

Baca : “Lelaki tu ada dekat sini” – Pengantin Lelaki Siap Buat Presentation di Majlis Kahwin, Tunjuk Bukti Isteri Curang

Curanggg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.