in

Lelaki Pondan di Kelantan Boleh Dipenjara!

Sdasds 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Haaa jaga-jaga!


Sekarang ni banyak sangat isu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kat negara kita. Kalau sebelum ni wanita di Kelantan yang pakai seluar dan baju ketat akan kena saman dengan MPKB, this time tiba giliran pondan pulak!

Menurut mStar, Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad menyatakan bahawa lelaki yang berpakaian seperti perempuan dan berlagak macam pondan di tempat awam kat Kelantan boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara sekurang-kurangnya enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Wanita Hamil Dalam Penjara
sumber: blog

Tindakan ni bukan dikenakan ke atas rakyat Kelantan je tau tapi orang luar yang datang ke negeri ni pun boleh kena jugak. Lelaki pakai dan berlagak pondan ni adalah kesalahan di bawah Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985.

Daud juga memaklumkan bahawa dia tak pasti jika undang-undang pasal pondan negeri Kelantan sama dengan negeri lain tapi yang pasti pondan di Kelantan akan kena hukuman ikut enakmen ni.

“Terpulang kepada mereka (lelaki itu) jika mereka ingin kelihatan seperti perempuan di rumah mereka tetapi jangan di tempat awam, ia adalah satu kesalahan serius.”

Sdasds
sumber: mstar

Daud percaya pondan masih wujud di Kelantan sebab beberapa faktor termasuk pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan serta kurang perhatian daripada ibu bapa kepada anak-anak dorang.

“Golongan ini wujud di negeri ini tetapi saya tidak pasti jumlah sebenar mereka. Semasa saya berkhidmat sebagai ketua penguatkuasa agama negeri, terdapat antara 40 hingga 70 pondan di negeri ini. Sekarang ini saya percaya bilangan mereka mungkin berkurangan dari tahun 80- an.” 

“Itu dalam tahun 1980-an dan untuk mendidik mereka, kami sentiasa mengadakan dialog dan juga kaunseling sepanjang masa.”

Daud juga mendakwa kekurangan operasi oleh pihak berkuasa tempatan boleh mendorong pondan bebas mengadakan aktiviti dorang.

Fuh dahsyat ni sampai boleh kena penjara tau!

Baca: Jaga-jaga! Wanita Pakai Seluar Dan Baju Ketat di Kelantan Kena Saman Dengan MPKB!

Dasassfj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.