in

Lelaki Pergi Balai Polis Mengaku Bunuh Kekasih, Polis Dedah Kisah Sebenar Disebaliknya

Page Bunuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah jenayah sering menghiasi dada-dada akhbar sejak kelakangan ini. Jika kebanyakan kes jenayah, pihak polis yang perlu ‘mengejar’ penjenayah, namun, pada kali ini, suspek dengan sukarela menyerahkan dirinya.


Baru-baru ini menurut Berita Harian, seorang lelaki India memandu masuk ke Balai Polis Damansara membawa mayat yang didakwa kekasihnya dan mengaku telah membunuh wanita tersebut.

Bunuh6
sumber: the star
Bunuh5
sumber: the star

Lelaki berusia 37 tahun itu yang menggunakan kereta jenama Honda City telah melaporkan kejadian jenayah yang dilakukannya pada kira-kira jam 4 petang dengan membawa mayat wanita dikenali sebagai D. Tharani berusia 35 tahun di tempat duduk belakang.

Bunuh2
sumber: berita harian

Suspek mengaku telah membawa teman wanita yang dibunuh di Kota Damansara dan datang ke balai untuk menyerah diri. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata suspek dipercayai telah membunuh kekasihnya itu pada jam 1.30 tengah hari.

“Hasil soal siasat, suspek memberitahu dia membunuh mangsa di dalam kereta ketika berada di kawasan pusat beli belah di Kota Damansara”

Pemeriksaan terhadap tubuh mangsa, polis mendapati dia telah ditikam di bahagian leher dengan benda tajam yang dijumpai di dalam kereta suspek. Namun apa yang menghairankan, ketika keluarga mangsa disoal siasat, mereka memberitahu bahawa mangsa tidak mempunyai kekasih dan tidak mengenali suspek.

Bunuh4
sumber: berita harian

Terbaru, menurut The Star, polis telah mendedahkan kisah sebenar disebalik pembunuhan wanita tersebut memandangkan keluarga mangsa sendiri tidak mengenali suspek yang mengaku kekasihnya itu.

Assisten Komisioner Mohd Zani Che Din memberitahu mangsa telah dibunuh kerana suspek tidak dapat menerima hakikat apabila wanita yang dicintainya itu enggan berkahwin dengannya.

Mangsa hendak berkahwin dengan orang lain.”

Bunuh7
sumber: the star

 

Difahamkan, suspek bekerja di dalam bangunan yang sama dengan mangsa dan kini masih ditangkap reman selama seminggu bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Laa… Tak boleh terima kena reject rupanya….

Baca: “Suami mengugut mahu membunuhnya…” – Wanita Maut Kerana Kerap Dipukul Suami

Bunuh1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.