in

Lelaki Parah Ditetak 2 ‘Ninja’ Dalam Pasar Mini Di Teluk Intan

ft perak 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka kawasan pasar mini juga sudah tidak selamat lagi pada masa kini. Seperti kejadian yang berlaku  di Jalan Kampung Banjar, Teluk Intan semalam ini nyata menggemparkan penduduk setempat.

Seorang lelaki berusia 46 tahun telah ditetak menggunakan parang oleh dua individu berpakaian hitam yang tidak dikenali. 

Ketika kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa dikatakan sedang membeli barang di premis berkenaan.


Setelah selesai membuat bayaran, mangsa yang baru keluar dari pasar mini itu mendapati sebuah kereta Honda City berwarna kelabu berhenti berhampiran dengannya.

Capture 14 6

Kedua-dua suspek tersebut dikatakan mengenakan pakai serba hitam termasuk topeng muka keluar dari kereta tersebut dengan membawa sebilah parang berukuran 0.6 meter.

“Mangsa berlari masuk ke dalam kedai namun dikejar kedua-dua suspek itu sehingga terjatuh sebelum mereka menetak mangsa di tangan dan kakinya dengan parang beberapa kali.

“Dua lelaki itu kemudian melarikan diri dengan Honda City yang dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu,” – Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Senior Asisten Komisioner Anuar Othman

Mangsa kini bagaimanapun berada dalam keadaan stabil setelah menerima rawatan di Hospital Teluk Intan (HTI) lapor Harian Metro.

 

“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami luka kesan tetakan senjata tajam di lengan dan paha kanan selain siku dan lutut kiri.

“Selain itu, hasil pemeriksaan menerusi ujian x-ray mendapati mangsa patah tulang siku kiri, tulang pengumpil lengan kiri dan kanan serta tulang paha kanan,” 

Berdasarkan semakan rakaman kamera litar tertutup, yang dibuat oleh pihak polis, mangsa dilihat melarikan diri ke dalam kedai apabila dikejar dua suspek.

Video rakaman itu telah tular media sosial.

Ada diantara pekerja dan pelanggan yang berada di premis yang ketakutan dan sempat melarikan diri keluar dari pasar mini itu.

Baca : Habis tu kalau emak pergi macam mana?- Gurauan 3 Beranak Mati Bersama Jadi Kenyataan

Capture 14 5

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.