Baru-baru ini, viral di media sosial sebuah video menunjukkan Perodua Axia dipandu melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan menyebabkan kemalangan tiga buah kenderaan.
Difahamkan, lelaki itu berbuat sedemikian sejauh 1.4 kilometer dari KM354 di susur keluar Sungkai arah utara kerana mengelak sekatan jalan raya untuk pulang menyambut Deepavali bersama keluarganya di Bidor.
Tindakannya itu membawa padah apabila dia kini terpaksa menyambut perayaan tersebut di lokap selepas ditahan pihak polis di rumahnya di Bidor kira-kira jam 11 pagi semalam.
Mengelak dari sekatan jalan raya punca lelaki memandu lawan arus di Lebuhraya Utara Selatan di Sungkai, Perak.
KPD Tapah, Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan mendapati pemandu Axia itu dalam perjalanan dari Klang menghala ke Bidor sempena Deepavali.@BuletinTV3 pic.twitter.com/Zx2RHq6GWY
— Syafiqah Damanhuri (@SyafiqahNewsMPB) November 12, 2020
Menurut Awani, lelaki berusia 34 tahun itu memandu dari Klang dan tindakannya memandu lawan arus tersebut berjaya dirakam pengguna jalan raya ketika itu.
Akibat daripada tindakannya, sebuah Toyota Rush dipandu seorang lelaki di lorong kanan tidak sempat elak dan bertembung sebelum berpusing beberapa kali.
Sebuah treler yang membawa muatan sarung tangan juga dilaporkan tidak sempat mengelak dan melanggar Perodua Axia tersebut. Bagaimanapun, ketiga-tiga pemandu tidak mengalami apa-apa kecederaan.
Polis sahkan seorang pemandu melawan arus di KM355.4 PLUS, yang tular di media sosial semalam – KPD Tapah
📸 Awam pic.twitter.com/dh8ncCZjj6
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 12, 2020
Lelaki itu direman tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Baca: Semata-mata Elak ‘Roadblock’- Pemandu Lawan Arus Sejauh 1.4KM Diakhiri Dengan Kemalangan