in

Lelaki OKU Terpaksa Mengesot Naik Tangga Kapal Terbang Kerana Staf Enggan Membantu

Bg3 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang kurang upaya memang selayaknya diberikan layanan istimewa tidak kira di mana jua. Itu adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat yang prihatin.


Malangnya bagi insan berusia 44 tahun ini terpaksa menanggung derita sendiri sementara orang sekelilingnya hanya berpeluk tubuh dan melihat keperitannya.

5 5
gambar hiasan

Hideto Kijima mengalami lumpuh dari paras pinggang hingga ke bawah kerana kecederaan tulang belakang yang berlaku semasa latihan ragbi di sekolah.

Pada awal bulan lepas, dia telah pergi bercuti ke sebuah kepulauan kecil di Amana Oshima bersama beberapa orang rakannya dari 3 Jun sehingga 5 Jun 2017.

3 6
sumber : independent. Co. Uk

Pada mulanya, selepas dia mendarat di Amami Airport, 5 orang rakan Kijima telah menolong mengangkatnya turun dari pesawat tanpa sebarang masalah.

Namun, sebelum menaiki penerbangan pulang ke Osaka, syarikat penerbangan Vanilla Air tidak membenarkan Kijima diangkat. Malah dia diarah untuk menaiki tangga ke dalam kapal terbang tersebut tanpa bantuan sesiapa!

Menurut mereka (staf), individu yang tidak dapat mendaki tangga sendiri tidak boleh menaiki pesawat tersebutKurang ajarnya!

4 8
sumber : noticieros. Televisa. Com

Oleh sebab tiada pilihan, Kijima turun dari kerusi roda dan mula mengesot menaiki tangga logam tersebut. Alahai kesiannya!

Menurut NDTV, dia telah mendaki sebanyak 17 anak tangga dan mengambil masa sehingga 4 minit untuk sampai ke atas.

Selepas kisahnya tular, syarikat penerbangan tersebut menerangkan bahawa mengangkat seseorang di atas kerusi roda semasa naik dan turun tangga kapal terbang adalah bertentangan dengan peraturan syarikat kerana ia mungkin merisikokan keselamatan penumpang.

6 4 E1499247499815
sumber : rt. Com

Kini, pihak Vanilla Air telah pun memohon maaf pada lelaki tersebut dan pengusung yang direka khas telah pun diperkenalkan untuk meningkatkan lagi perkhidmatan kepada para penumpang kurang upaya.

Lega hati bila dapat tahu pihak berkenaan segera lakukan tindakan lanjut. Syabas!

Baca : Netizen Kongsi Kisah Sedih Bapa Lanjut Usia Jaga Dua Anak OKU, Pakai Pampers Berulang Kali

1 10 E1499246001757

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.