in

Lelaki Menyamar Pegawai AADK Nak ‘Pow’ Duit Orang

Cats 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berani menyamar sebagai pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan disyaki meminta wang dari mangsa, 4 lelaki tempatan ditahan polis hari ini.


Menerusi Harian Metro, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, penangkapan itu dilakukan di 3 buah ruumah iaitu di Bukit Keluang, Kampung Raja sekitar jam 7.30 hingga 10 pagi tadi.

 

Empat lelaki berusia antara 20 hingga 24 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 170, Kanun Keseksaan.”

Aadk2

Abdul Rozak berkata, ketika kejadian semalam seorang pengadu memaklumkan ketika dia bersama 4 orang rakannya berada di Pantai Bukit Keluang tiba-tiba didatangi oleh 4 lelaki ini.

Mereka menaiki kereta Perodua Axia kira-kira jam 2.30 petang. Keempat-empat lelaki ini memperkenalkan diri mereka sebagai pegawai AADK. Siap minta kad pengenalan lagi.

“Suspek juga bertindak meminta wang dari pengadu untuk melepaskan pengadu dan rakannya, tetapi pengadu memberitahu tidak mempunyai wang. Selepas itu suspek terus beredar.” 

Disebabkan itu, pengadu bertindak melaporkan kepada polis berhubung kejadian untuk tindakan lanjut. Kereta Perodua Axia dan anak kunci kereta turut dirampas.

Hasil siasatan mendapati 2 daripada mereka ada rekod jenayah lampau.

“Keempat-empat tangkapan mengaku terbabit dalam kes yang disiasat. Semua tangkapan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk tindakan selanjutnya.” katanya.

 

Baca : “Curi sebab nak showoff dekat gf” – Dua Beradik Menyamar Nak Check Dashcam Sebelum Bawa Lari MPV Polis

Menyamar

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.