in

Lelaki Menangis Hiba Ibu Meninggal Dunia, Tetapi Tiada Duit Untuk Balik Kampung

Ibu Meninggal Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehilangan orang tua untuk selama-lamanya merupakan satu momen yang menyedihkan bagi setiap anak di dalam dunia ini. Turut tidak terkecuali, seorang lelaki dari Indonesia yang dirakam dalam satu video tular.

Menerusi satu video tular di negara jiran, seorang lelaki dilihat menangis teresak-esak selepas mendengar berita pemergian ibunya. Lelaki yang tidak didedahkan namanya itu duduk di hujung bangku sambil mengusap matanya berkali-kali menggunakan baju.


Difahamkan, lelaki tersebut berasa sedih kerana tidak dapat melihat wajah ibunya buat kali terakhir di kampung kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk pulang.

“Patah hati terberat seorang anak rantau ketika mendengar kabar ibunya meninggal di kampung”, tulis keterangan video tersebut.

https://www.instagram.com/p/CpZALidPgOS/?igshid=YmMyMTA2M2Y%3D

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet menumpang simpati dengan nasib lelaki tersebut yang kehilangan ibunya.

“Inilah yang paling ditakuti oleh anak di perantauan. Jauh dari keluarga untuk mencari rezeki tapi kadang-kala tiada wang untuk pulang”, tulis seorang individu di ruangan komen.

“Macam aku dulu kerja di Hong Kong. Sebulan sebelum cuti, ibu meninggal. Taapi aku dah ambil cuti untuk bernikah. Akhirnya aku pulang dan bernikah tanpa ibu. Sedih sangat…”, komen seorang individu meluahkan nasib yang sama.

Semoga mereka yang berada jauh dari keluarga untuk mencari rezeki sentiasa dipermudahkan urusan!

Kredit: Merdeka

BACA: Majlis Kahwin Di Indonesia Berkonsep ‘COD’, Bawa Pengantin Lelaki Dalam Kotak

Cats 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.