in

Lelaki Macam Mana Yang Wanita Suka? Ini Ciri-ciri Lelaki Idaman Yang Mampu Menambat Hati Wanita!

Ciri-Ciri Lelaki Idaman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apakah ciri-ciri lelaki idaman wanita? Adakah yang tinggi lampai, berkulit putih persis artis Korea atau yang mempunyai suara serak-serak basah ibarat Cakra Khan?

Sebenarnya, anda tidak perlu pun mempunyai rupa paras yang kacak. Benar, handsome itu satu kelebihan. Namun, apa yang penting – hati mesti baik! Kalau handsome tapi perangai tak serupa bikin, tak OK juga kan?


Tapi, yang tak berapa nak kacak ni jugalah kekal single sampai ke sudah. Jadi, apa sebenarnya yang wanita inginkan?

Dari segi peribadi, ada 5 sifat yang boleh memancing hati wanita. Bagi lelaki di luar sana, jadikan artikel ini sebagai panduan. Jom baca!

5 ciri-ciri lelaki idaman wanita

Dalam dunia ini, ada banyak jenis lelaki dan wanita. Bukan rupa paras sahaja yang berbeza, sifat juga tidak sama. Bak kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain-lain!

Sekiranya anda sedang mencari jodoh atau cuba untuk memperbaiki diri dan menjadi lebih baik, ada beberapa ciri-ciri lelaki idaman wanita yang mungkin anda boleh terapkan dalam diri. Antaranya:

1. Kelakar dan suka berjenaka

Ciri-Ciri Lelaki Idaman

Siapa yang tidak suka dengan lelaki yang kelakar dan mempunyai humor yang baik?

Benar, bukan semua orang boleh buat lawak secara spontan. Namun, sebenarnya anda tidak perlu pun menjadi seorang pelawak atau badut! Cukuplah sekadar berjenaka ringan dan boleh membuatkan wanita terhibur dengan lawak jenaka anda.

Tidak dinafikan, keupayaan untuk berjenaka merupakan satu perkara positif yang boleh membuatkan wanita rasa tertarik.

Lagi satu, kaum Hawa lebih selesa bersama dengan lelaki yang tidak terlalu serius. Secara tidak langsung, ia dapat memupuk kepercayaan dan membantu membina hubungan yang lebih erat.

2. Peramah dan mesra

Wanita sukakan perhatian. Jadi, lelaki yang peramah dan mesra selalunya lebih mudah mendapat tempat dalam hati kaum Hawa.

Walau bagaimanapun, lelaki bukanlah makhluk yang ekspresif. Mereka sukar untuk berkomunikasi tentang perasaan diri. Jadi, ada lelaki yang lebih gemar berdiam diri dan nampak terlalu ‘keras’ untuk bercakap.

Namun, masa telah berubah. Kini, ada ramai lelaki yang tidak segan untuk berkongsi rasa hati dengan lebih terbuka. Mereka juga lebih ramah – kadangkala lagi ramah berbanding perempuan!

Lagipun, komunikasi kan kunci perhubungan yang berjaya!

3. Yakin dan boleh memimpin

Ciri-Ciri Lelaki Idaman

Lelaki yang yakin mempunyai daya penarik yang tersendiri. Sama jugalah dengan lelaki yang boleh memimpin. Wanita suka jika dapat berinteraksi dengan seseorang yang mempunyai visi dan matlamat yang jelas.

Selain itu, lelaki yang boleh memimpin juga lebih dipercayai. Wanita akan rasa lebih yakin untuk ‘berimamkan’ lelaki yang mempunyai sifat kepimpinan. Barulah boleh bina keluarga bahagia!

Yakin itu satu plus point! Walau bagaimanapun, jangan biarkan confidence itu bertukar menjadi ego! Lelaki nampak paling handsome dan bergaya sekiranya mereka tetap yakin tanpa perlu merendah-rendahkan orang lain.

4. Bersifat empati dan memahami

Ciri-Ciri Lelaki Idaman

Ketika wanita bercerita tentang masalah-masalah yang berlaku dalam hidup, tolonglah dengar!

Kajian menunjukkan, individu yang bersifat empati dan memahami selalunya mempunyai hubungan yang tahan lama. Tak salahkan kalau fokus pada cerita teman wanita anda untuk beberapa minit?

5. Saling hormat menghormati

Dalam satu-satu hubungan, hormat merupakan satu nilai yang perlu ada di dalam diri lelaki dan juga wanita. Pasangan yang saling hormat antara satu sama lain selalunya lebih berjaya dan bahagia.

Jika wanita rasa diperlakukan secara tidak baik, besar kemungkinan dia akan menjauhkan diri. Apabila seseorang itu rasa tidak dihargai, mereka pasti akan angkat kaki!

Sebenarnya, ada banyak lagi nilai-nilai lain yang menjadi dambaan kaum wanita. Namun, setiap wanita sukakan lelaki dengan sifat yang berbeza-beza. Akhir sekali, jangan segan untuk menjadi diri sendiri. Pasti ada wanita di luar sana yang sukakan anda seadanya!

Baca: Putih, pendiam, pandai masak, idaman sekali – Kahwin Dengan Periuk Nasi, Ramai Terhibur Dengan Jokes Pemuda Ini

Periuk Nasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.