in

Lelaki Lumpuh Separuh Muka, Gara-Gara Tidur 2 Jam Sehari Tengok FIFA World Cup

Ft Muka Lumpuh Separuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perlawanan Piala Dunia FIFA akan berlangsung 4 tahun sekali, jadi, sudah semestinya ia menjadi waktu yang paling dinanti-nantikan oleh penonton dari seluruh dunia kerana mahu melihat aksi pemain bola sepak terkenal bertarung.

Untuk kali ini, kita sedia maklum bahawa ianya akan berlangsung di Qatar dan perlawanan kini sedang berlangsung pada 20 November lalu.


Pada waktu inilah kita dapat lihat ramai antara kita mula bersengkang mata pada larut malam untuk menontonnya dek kerana zon waktu yang berbeza.

Screenshot 2022 12 06 183459

Menurut CN Hubei menerusi WORLD OF BUZZ, ada seorang lelaki dari China yang suka berjaga sampai larut malam selama seminggu berturut-turut untuk menonton perlawanan itu dan dia tak pernah ‘missed’ walaupun sehari!

Disebabkan itu, waktu tidurnya sehari hanya 2 jam sebelum sambung pergi kerja dengan menaiki motosikal.

“Pada 30 November, saya tidur selama 2 jam selepas menonton perlawanan dan apabila saya bangun, saya berasa amat letih, saya hanya fikir ia adalah disebabkan tak cukup tidur.”

Dia meneruskan hari-harinya seperti biasa tetapi apabila dia tiba di pejabatnya, dia merasakan bibirnya senget ke tepi, dan dia tidak dapat mengawal kelopak matanya.

“Saya tidak terlalu memikirkannya dan memutuskan untuk berehat sebentar di pejabat. Tetapi selepas beberapa ketika, keadaan saya nampaknya tidak bertambah baik dan ia menjejaskan kerja saya.”

Chao kemudian berjumpa doktor di hospital dia disahkan menghidap lumpuh separuh muka. Keputusan awal menunjukkan bahawa ia berpunca daripada kurang tidur dan udara sejuk ditiup terus ke mukanya, ia telah menyebabkan dia hilang kawalan untuk separuh mukanya.

Doktor kemudiannya memberikan rawatan seperti akupunktur dan urutan muka bagi membantu keadaannya.

Rawatan yang disediakan berjaya membantu keadaannya dan dia menggesa netizen supaya menjaga kesihatan tubuh badan selalu.

Baca : Bos Bagi Cuti 2 Minggu Untuk Tonton Piala Dunia Di Qatar, Peminat Bola Sepak Jepun Viral

F4 Japan Football Fans

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.