Seorang lelaki di Bergamo, utara Lombardy, Itali sanggup menipu pihak berkuasa dengan mengatakan bayi teman wanitanya cedera selepas alat pemanas terjatuh ke atasnya.
Walhal, hasil pemeriksaan doktor mendapati, bayi berusia 18 bulan itu telah didera secara seksual dan dipukul sehingga membawa kepada kematiannya, lapor The Sun.
Gabriel Robert Marincat, 25, kini sudah ditahan polis dan didakwa atas tuduhan merogol bayi malang, Sharon Barni, 18 bulan sehingga membawa kepada kematian.
Ditemui nenek dalam keadaan tak sedarkan diri dan memakai baju dipenuhi muntah
Menurut laporan media tempatan, bayi berkenaan, Sharon Barni yang juga anak kepada teman wanita suspek dikejarkan ke hospital dengan kecederaan teruk.
Nenek bayi terbabit merupakan individu pertama yang menemuinya. Ketika itu, Sharon sudah tidak sedarkan diri dan baju yang dipakainya dipenuhi muntah.
Bayi malang itu akhirnya meninggal dunia pada 11 Januari lalu dengan kesan penderaan seksual.
Pada hari Sharon dimasukkan ke hospital, suspek mendakwa kecederaan yang dialami bayi itu adalah kerana Sharon sendiri yang tertarik alat pemanas menyebabkan objek itu jatuh ke atasnya.
Walau bagaimanapun, menurut laporan perubatan, pasukan forensik menolak kemungkinan kecederaan yang dialami bayi malang itu adalah disebabkan sesuatu yang tidak sengaja.
Suspek dilaporkan melarikan diri ke apartment milik ibunya di Lentate sul Seveso di daerah Monza selepas menyedari pihak polis sedang mencarinya.
Ketika dia ditahan, suspek berkata dia perasan yang Sharon mengalami kesukaran bernafas dan berada dalam keadaan kurang sihat.
Sumber: The Sun
Baca: Bayi Berusia 9 Minggu Mati Selepas Didera dan Dirogol oleh Bapa