in

Lelaki India Disyaki Penjenayah Disiasat Imigresen Berjam-jam, Rupanya Salah Orang

1Lelaki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali melalui checkpoint imigresen, kita pasti mengharapkan tidak ditahan atas apa-apa sebab. Lagi-lagi kalau kita travel ke luar negara, boleh terganggu rancangan kita untuk makan angin sebab kalau kena tahan, mesti akan memakan masa yang lama kan.

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki warga India apabila dia ditahan di Lapangan Terbang Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Dia ditahan kerana disyaki sebagai penjenayah yang dikehendaki berdasarkan aplikasi pengecaman wajah.


Screenshot 2022 10 22 At 12.10.38 Pm

Memetik laporan Wion News, penahanan oleh immigresen UAE terhadap Praveen Kumar itu telah mencetuskan konflik besar sehingga melibatkan campur tangan kementerian dan kerajaan UAE sendiri termasuk sesi soal siasat selama berjam-jam.

Ditahan ketika transit

Pengalaman ditahan oleh imigresen itu bermula apabila Praveen bersama isterinya, Usha sedang dalam perjalanan ke Switzerland dari India melalui transit di Abu Dhabi.

Kata Praveen, sebuah agensi menempah tiket penerbangan transitnya dari Abu Dhabi kerana penerbangan terus dari India ke Switzerland difahamkan tidak tersedia ketika itu.

Walau bagaimanapun masalah mula berlaku apabila pasport dan visa kedua-dua pasangan itu dirampas pegawai imigresen UAE selepas mereka mendarat di Abu Dhabi. Mereka kemudiannya dibawa ke bilik khas untuk disoal siasat.

Screenshot 2022 10 22 At 12.11.10 Pm

Pihak imigresen UAE memaksa dia untuk mengaku sebagai individu yang disyaki dan dimasukkan ke dalam lokap.

Praveen dan pasangannya juga dibawa ke bandar lain dan ditahan sekali lagi serta disoal siasat selama berjam-jam.

Selepas berita penahanan pasangan itu menjadi perhatian, ahli keluarga mereka terus menghantar tweet kepada Menteri Hal Ehwal Luar India, S Jaishankar dan pegawai kanan kementerian lain untuk memohon bantuan.

Bagaimanapun, pegawai imigresen UAE yang menahan Praveen rupanya tersilap orang gara-gara tersalah padan wajahnya dengan wajah salah seorang penjenayah dikehendaki di negara itu.

Praveen dan pasangannya telah dihantar pulang dengan selamat. Kepulangan mereka di India telah disambut oleh ahli keluarga dan petugas media yang membuat liputan di lapangan terbang.

Baca: Gangster China Tawar Ganjaran RM650K Lepas Dapat Tahu Mangsa Berjaya Larikan Diri Dari Sindiket

Screenshot 2022 10 22 At 12.13.52 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.