in

Lelaki Hilang Beg Selepas Dibaling Lotion di Sunway Pyramid Mall

Featured 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pencuri zaman sekarang terlalu kreatif dan bijak dalam mereka taktik baru untuk mencuri. Kadang kala taktik mereka itu tidak pernah difikir oleh kita. Ada sahaja ‘trend‘ baru yang mereka gunakan, membuatkan kita sebagai mangsa leka dengan taktik tersebut.

Seperti kejadian yang berlaku kepada lelaki ini, Daniel Muk, telah menceritakan pengalamannya ketika dicuri beg oleh warga asing. Menurut Daniel di Facebooknya, kejadian berlaku pada hari Jumaat yang lepas, kira-kira jam 5 petang, ketika dia berseorangan menguruskan halnya di Sunway Pyramid Mall.


Kata Daniel, pada mulanya dia pergi ke Pengurup Wang Berlesen yang terletak di LG2 untuk membuat pertukaran wang memandangkan dia akan bercuti tidak lama lagi. Setelah selesai urusannya, dia terus meletakkan wang tersebut ke dalam beg belakangnya dan menguruskan hal lain. Ketika dia berjalan di dalam mall itu, tiba-tiba dia terasa sesuatu yang pelik telah tertumpah di bahagian belakang kanan badannya.

Photo 2018 02 04 14 08 29
Sumber: foursquare

Katanya lagi, ia seakan-akan krim yang berwarna putih dan melekat di bahagian baju, seluar serta begnya. Dek kerana tidak tahu datang dari mana krim berkenaan, lantas dia pergi ke tandas awam berdekatan yang terletak bersebelahan dengan Yubiso.

Di dalam tandas, dia terus membersihkan badannya dengan menggunakan tisu yang ada. Tambah Daniel, dia turut meletakkan beg belakangnya bersebelahan dengan sinki. Ketika sedang sibuk membersihkan badan, tiba-tiba datang seorang warga asing yang cuba untuk menghulurkan bantuan, tetapi dia menolaknya dengan sopan. Tetapi warga asing tersebut tetap degil dan terus membantunya mengelap krim berkenaan.

Photo 2018 02 04 14 08 22
sumber: facebook

Kata Daniel, dia tahu itu adalah antara taktik mereka untuk membuat Daniel leka. Tidak lama selepas itu, tanpa disedarinya beg yang asalnya diletakkan bersebelahan dengan sinki itu sudah diambil oleh dua orang, yang dipercayai ada kena mengena dengan warga asing tesebut.

“Saya perasan ada 2 orang lelaki tiba-tiba datang dan ambil beg saya keluar dari tandas. Saya pandang sekilas tempat yang saya letak beg, tapi dah tak ada. Saya memang nampak salah seorang daripada mereka peluk beg saya”

Lantas Daniel terus keluar dari tandas berkenaan dan cuba mencari dua lelaki itu. Gagal mencari lelaki-lelaki tersebut, dia masuk semula ke dalam tandas dan warga asing yang kononnya cuba membantunya awal tadi juga sudah tiada. Alahai kesianyaaa!

Photo 2018 02 04 14 08 25
sumber: facebook

Usai sahaja kejadian itu, Daniel terus membuat laporan polis dan memaklumkannya kepada pihak  pengawal.

“Dorang sangat membantu. Dorang cuba cari cctv yang ada berdekatan dengan tandas tu, tapi tak ada”

Dalam perkongsiannya itu lagi, Daniel luah rasa kesal kerana tidak sepatutnya sebuah pusat membeli-belah yang besar seperti itu tidak mempunyai CCTV yang lengkap. Dia turut berkata, dia kehilangan wang, komputer riba serta beberapa benda penting yang ada di dalam beg.

Daniel turut berkata,

“Saya post pasal ni sebab nak semua orang sentiasa berhati-hati, lebih-lebih lagi bila berseorangan. Sekarang mereka dah berani buat dekat tempat terbuka, malah pada waktu siang”

Makin bahaya dunia sekarang ni…

Baca: Rakaman CCTV Dedah Taktik Kumpulan Penyeluk Saku Curi Telefon Bimbit Dalam Masa 10 Saat di Pavilion

Photo 2018 02 04 14 49 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.