in

Lelaki Geleng Kepala Tengok Budak Perempuan ‘Form 2’ Selamba Bawa Vape

Ft Budak Sekolah Hisap Vape

Sepertimana yang diperkatakan oleh Yazeed Hair Johari ini, zaman kita sekolah dahulu nak buat benda tak elok, kita takkan tayang di khalayak umum, mesti akan sorok-sorok.

Tapi sekarang ini berbeza sama sekali, membawa vape di khalayak umum menjadi satu perkara biasa buat mereka. Perbuatan ini dipertonton oleh Yazeed sendiri di depan matanya ketika berada di dalam MRT.

 

Selamba bawa vape

Dia menyaksikan perkara ini pada beberapa hari lepas sewaktu ingin pulang dari Bukit Jalil selepas menonton perlawanan badminton.

Apa yang membuatkan Yazeed ‘bersuara’ adalah menurut pemerhatian Yazeed, dilihat kedua-dua budak perempuan tersebut  seperti masih dibangku sekolah.

“Rambut dye warna purple .. yang sorang lagi warna perang..”

“Ok part tu aku tak kisahlah , Itu style masing2 ..
Siapa aku nak komplen pasal warna rambut dorang , Bukan pakai duit aku pun kan..”

“Tapi apa yang membuatkan aku terfikir bila aku nampak , Kedua dua budak perempuan ni pegang Disposable Vape … Vape tu mmg famous lah .. Ramai yang kenal dengan rupa bentuk dia ..”

293309589 10166861576805232 508994990688664977 N

Tambahnya ini bukan pertama kali dia ternampak perkara ini dan sekaligus membandingkan remaja zaman sekarang dengan zamannya.

“Senang untuk disorok dan jugak tak berbau macam rokok . Kalau zaman dulu kau balik sekolah , Memang kantoi kalau kau bau rokok ..”

“Tapi zaman sekarang vape tak meninggalkan kesan bau pada pengguna.”

“Ini bukan first time , Banyak kali dah jumpa budak balik sekolah siap racing motor , Parking tepi ramai2 hisap vape ..”

Ia juga mendapat perhatian Yazeed kerana dia mula mempersoalkan samada budaya merokok elektronik ini dah jadi perkara normal untuk remaja bawah 18 tahun atau tidak.

“Kalau zaman dulu budak sekolah yang hisap rokok , Semua menyorok .. Sekarang Open macam biasa .. Selambe jer ..”

Seperti yang kita sedia maklum, penjualan rokok mahupun vape dilarang kepada remaja bawah 18 tahun.

Dalam pada itu, Yazid juga mempersoalkan hal ini dalam palbagai aspek seperi integriti pihak tertentu termasuklah peniaga.

“So apa yang membuatkan aku terfikir ..Adakah budaya Vaping dah menjadi normalisasi kepada budak bawah umur 18 tahun dekat malaysia ni …

Kalau zaman dulu budak sekolah yang hisap rokok , Semua menyorok .. Sekarang Open macam biasa .. Selambe jer ..

Siapa yang patut bertanggangung jawab ?

Orang yang menjual vape tanpa mengawal had umur ?

Ibu bapa yang terlepas pandang dan tak ambik tahu ?

Pengaruh kawan2 dan masyarakat setempat ?

Iklan vape yang berleluasa di sosial media tanpa dipantau ?

Apa pendapat korang pasal isu ni ? Something to ponder.”

Baca : “Mengerikan!” – [VIDEO] Lelaki Terpaksa Tanggung Paru-Paru Bocor, Dada Kena Tebuk Sebab Vape

Paru Paru Bocor Sebab Vape

Sumber: Facebook