Lelaki Kelar Leher Wanita Kerana Komen Tak Pandai Melakukan Seks

Pening kepala dengar kes orang yang berkenalan melalui media sosial ni. Kalau berkenalan dengan orang yang baik baguslah tetapi kalau berkenalan dengan orang yang jahat, itu yang bahaya. Samalah seperti apa yang berlaku di Thailand, di mana seorang lelaki bertindak membunuh seorang wanita pada temujanji yang pertama kerana dikomen tidak pandai melakukan seks. Amboi senang je dia bunuh orang eh!

Sumber: Coconuts Singapore

Menurut Coconuts, seorang lelaki warganegara Thailand telah mengaku membunuh seorang kenalan dari Facebook gara-gara wanita tersebut mengutarakan komennya bahawa lelaki itu tidak pandai melakukan hubungan seks sewaktu mereka sedang berpacaran.

Natthan Raknui, 23, membunuh Jiraporn Theppaya, 22, di sebuah ladang getah berhampiran terusan Prawk Suwan.

Menurut polis, Natthan berhubungan dengan wanita tersebut di Facebook pada bulan Julai. Selepas dua bulan bercinta jarak jauh, dia kemudiannya menaiki van awam dari wilayah Phatthalung untuk bertemu wanita itu di Songkhla pada 12 Ogos.

Sumber: Matichon

Natthan yang tidak mampu menyewa bilik hotel, kemudiannya menunggang motor milik Jiraporn dan menuju ke ladang getah untuk melakukan seks.

Berang dengan komen wanita tersebut tentang kelemahannya melakukan seks, lelaki tersebut bertindak mengelar leher wanita itu dan melarikan diri dengan motor tersebut serta menjualnya dengan harga THB 7,000 (RM 900).

Mayat Jiraporn ditemui polis pada 15 Ogos selepas polis menyiasat rekod perbualan wanita itu dan video rakaman litar tertutup wanita dan lelaki tersebut.

Lelaki berkenaan telah ditahan di Takungan Pabon di Phatthalung, di mana dia sentiasa “check in” di Facebook. Ha kan dah kantoi. Dah tau polis tengah buru boleh pula “check in”. Macam-macam!

Gambar Hiasan

Kepada kaum wanita di luar sana, berhati-hatilah kalau nak berkenalan dengan lelaki melalui media sosial.  Anda kena bijik memilih dan menilai. Jangan main tangkap muat saja! 

Baca: Gadis Dirogol Rakan Dikenali Melalui Facebook Beberapa Kali Ketika Berjumpa Buat Pertama Kali

Ditulis oleh Nabilla Raihan

Seorang yang ambivert dan kreatif dari segi penulisan dan lukisan. "On time" dan "goal driven" adalah moto yang sering diketengahkan gadis ini.