in

Lelaki Cacat Penglihatan Didenda RM7,000 Kerana Cabul Pelajar Dalam Lif

Page 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ini sesiapa sahaja sudah berani untuk mencabul kehormatan orang lain. Orang-orang seperti ini, terutamanya yang pernah membuat kesalahan sama seharusnya diberikan hukuman yang setimpal supaya mereka tidak mengambil mudah dan berhenti melakukan perbuatan terkutuk ini.

Menurut The Star, baru-baru ini seorang lelaki berstatus OKU cacat penglihatan telah mencabul seorang pelajar wanita di dalam sebuah lif. 


Oku
gambar hiasan

Malah, seperti yang dilaporkan Sinar Harianlelaki ini mempunyai rekod kesalahan lampau bagi kesalahan yang sama. Tak insaf lagi rupanya…

Pesalah, Mohamad Azhar Abd Wahab, 50 tahun, yang merupakan seorang kelindan lori ais telah melakukan kesalahan tersebut  di dalam lif di Kompleks Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) di Kuala Lumpur, di antara jam 1 dan 1.30 tengah pada 8 November lalu.

Menurut Malaysia Kini, mangsa yang berusia 20 tahun itu mengenali Azhar kerana kerap datang ke kompleks berkenaan. Sewaktu berada di dalam lif untuk ke tingkat tiga, Azhar telah bertindak memeluk dan meraba payudara mangsa.

Oku2Blur
gambar hiasan

Mangsa yang dalam ketakutan berjaya melepaskan diri dan berlari keluar di tingkat dua dan terus memberitahu hal itu kepada gurunya. Azhar yang tidak diwakili peguam telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret.

Oku3Blur
gambar hiasan

Majistret Mahyudin Mohamad Som telah menjatuhkan hukuman denda RM7,000 atau dipenjara selama enam bulan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu jika disabit kesalahan.

Walau bagaimanapun, Azhar telah merayu untuk dikenakan hukuman denda minimum atas alasan sedang menanggung isteri dan empat orang anak serta mengaku telah insaf di atas kesilapannya.

Oku4
gambar hiasan

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada Azhar mengambil kira mangsa perempuan yang dicabulnya merupakan pelajar OKU penglihatan rabun teruk dan penglihatan samar-samar serta mengelakkan tertuduh daripada mengulangi kesilapan yang sama.

Amboi, beraninya dia. Bukan kali pertama pulak tu!

Nota: Gambar yang digunakan adalah sekadar hiasan.

Baca: Lelaki Didakwa Beronani dan Cabul Remaja OKU Bawah Umur di Kompleks Sukan Sibu

Kk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.