in

Lelaki Didakwa Beronani dan Cabul Remaja OKU Bawah Umur di Kompleks Sukan Sibu

Page 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan lagi kes gangguan seksual merupakan satu isu yang menggerunkan. Namun kes kali ini boleh dikategorikan sebagai lebih menggerunkan kerana ianya melibatkan budak bawah umur berstatus OKU. Ish apa nak jadi dengan dunia sekarang?


Perbuatan terkutuk itu telah dilakukan oleh seorang lelaki berusia 53 tahun terhadap seorang remaja perempuan 17 tahun di Sibu, Sarawak. 

Seksual 1
sumber: berita harian

Menurut Berita Harian, tertuduh yang bernama Law Swee Kuong  telah melakukan perbuatan lucah tersebut di sebuah kompleks sukan di Jalan Stadium, Sibu antara jam 9.30 pagi hingga 11 pagi, 7 September lalu.

Ketika kejadian, Law telah menjemput mangsa yang tidak bersekolah di rumahnya sewaktu mangsa berseorangan. Dia kemudian membawa mangsa ke kompleks sukan berkenaan sebelum mencabul kehormatannya pada jam 10.30 pagi.

Kelakuan sumbang yang dilakukan Law terbongkar apabila mangsa mengadu tentang kejadian itu kepada ibunya. Tanpa menunggu lebih lama, ibu mangsa segera membuat laporan polis berkenaan insiden malang menimpa anaknya itu.

2516 Semasa Kes Cabul Kanak Kanak
gambar hiasan

Law didakwa melakukan kesalahan pertama dengan menyentuh mulut, dada dan kemaluan mangsa pada 7 September lalu. Bagi kesalahan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 dan jika disabit bersalah, dia boleh dihukum penjara lebih 20 tahun dan sebatan.

Bagi kesalahan kedua, Law didakwa melakukan aktiviti seksual dengan melakukan onani di hadapan mangsa. Law didakwa mengikut Seksyen 15(c) di bawah akta sama dan jika disabit bersalah, dia boleh dihukum penjara tidak lebih dari 10 tahun atau denda tidak lebih dari RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Ditangkap
gambar hiasan

Pendakwaan tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zulfadhli Tuah di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah, Romie Ahmad Zaidi, manakala Law pula tidak diwakili peguam.

Jijik betul dengan kelakuan manusia sebegini. Pada budak OKU pun mereka masih boleh nak ambil kesempatan. 

Baca: Lelaki Beronani dan Pancut Air Mani Belakang Badan Wanita Dalam Kedai Buku di Solaris Dutamas

Onani Solaris

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.