in

70% Wanita Malaysia TAKNAK Kahwin Dengan Lelaki Gaji Bawah RM5,000!

Wed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tercabar cik cik abang yang kerja dengan gaji below RM5,000 tu! 


Bukan admin kata eh tapi survey dari Sweet Ring revealed yang sebilangan besar wanita mengaku diorang cuma akan kahwin kalau partner diorang bergaji lebih dari RM5,000! Betul ke gegadis sekalian?

Giphy
sumber: giphy

Menurut WORLD OF BUZZ, Sweet Ring dah kumpul maklumat daripada 500 orang responden warga Malaysia dan keputusannya 70 peratus wanita kat Malaysia memang nak pasangan yang bergaji sekurang-kurangnya RM5000 sebulan barulah diorang akan setuju untuk kahwin dengan pasangan masing-masing. Fuh!

Kalau gaji minimum tu tak menepati banyak mana diorang nak, separuh daripada responden cakap yang diorang ni sanggup stay single daripada berkahwin. Aiyoo!

Giphy
sumber: giphy

Tapi ada 30 peratus responden wanita mengaku yang diorang sanggup terima lelaki bergaji sekurang-kurangnya RM3000 sebulan.

Kalau bagi lelaki, diorang rasa kalau dah gaji in between RM3000 ke RM5000 tu kira macam dah cukup okay untuk mulakan hidup berkeluarga. And paling penting diorang tak kisah pun berapa gaji isteri diorang. Awww so nice!

Bila cakap pasal hidup berkeluarga, mestilah cakap pasal kahwin dan perbelanjaan perkahwinan, ye tak? Bila masuk part perbelanjaan perkahwinan, ini katanya kos kahwin yang diorang prefer;

  • 60 peratus kaum Cina kat Malaysia prefer kalau kos perkahwinan tu between RM10,000 ke RM30,000
  • 20 peratus nak wedding yang simple-simple bawah RM10,000
  • 10 peratus sanggup bayar lebih daripada RM30,000 ke RM60,000 untuk majlis kahwin yang grand
Askas
sumber: malaysia tatler

Lepas dapat tahu pasal ni, ramai la duk komen pendapat masing-masing kat laman sosial:

“Kalau ikut gaji saya sekarang, siapalah nak kahwin dengan saya masa umur 60 tahun nanti?” kata seorang lelaki ni.

“Patut la sekarang lagi ramai lelaki kahwin dengan orang Vietnam.”

Tapi of course la data macam ni tak menggambarkan keseluruhan pendapat wanita ataupun lelaki kat Malaysia sebab berapa kerat je responden dia. Lagipun kestabilan kewangan ni subjektif dan semua orang ada pendapat masing-masing.

Apa pendapat korang? Patut ke sampai sanggup tak kahwin sebab gaji pasangan tak sampai RM5000? Cuba share sikit kat ruangan komen.

Baca: Gadis Moden Yang Bakal Berkahwin, Pastikan Anda Tanya 5 Soalan Ini Pada Si Dia

B

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.