in

Lelaki Buat Laporan Palsu Konon Kena Samun, Padahal Takut Bini Marah Sebab Duit Gaji Tinggal Sikit

Feat 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga, sudah semestinya kebanyakan urusan kewangan dan ‘ekonomi’ seisi rumah akan ditentukan oleh si isteri baik dari segi bil api, air, perbelanjaan harian dan sebagainya.


Ini kerana si isteri kebanyakannya lebih pandai berjimat cermat dan cekap menguruskan aliran kewangan dalam rumahtangga untuk mengelakkan keluarga dari ‘sesak’ sewaktu tibanya hujung bulan.

Kalau tak diuruskan, hujung bulan makan pasir pulak. 

 

Takut isteri marah duit gaji tinggal sedikit, dakwa kena samun

Feat Gaji Duit

Seperti seorang lelaki dari Kulim, Kedah ini, dia dikatakan telah menghabiskan wang gajinya untuk membeli ‘barang’.

Gara-gara rasa takut dimarahi oleh si isteri disebabkan duit gajinya tinggal sedikit, lelaki ini nekad membuat laporan palsu kononnya dia telah disamun malah duit gajinya itu turut ‘dirompak’ oleh mereka.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Azhar Hashim, berkata lelaki yang berusia 30-an itu mendakwa bahawa dirinya telah disamun oleh 3 orang lelaki yang tidak dikenali di Jalan Kelapa Sawit, Kampung Ekor Kucing, Padang Serai pada 2 Disember yang lalu.Lapor Berita Harian,

Alahai, ‘hantu’ pula difitnahnya. 

 

Konon penyamun bawa lari RM900 

Dia dikatakan telah disamun ketika sedang menunggang motosikal sendirian dan kononnya ‘suspek’ pula sedang bersembunyi di sebalik semak dan terus menahannya.

Bukan itu sahaja, dia turut mendakwa bahawa ‘suspek’ turut mengacu parang di lehernya dan membawa lari wang tunai sebanyak RM900 yang merupakan duit gajinya.

Suspek menumbuk perut dan mengambil wang tunai RM900 sebelum membuang dompetnya serta melarikan diri ke kebun kelapa sawit berhampiran.

Tambah pihak polis, mereka telah menerima laporan ‘palsu’ itu dan bergegas ke tempat kejadian untuk melihat keadaan bagi mendapatkan bukti dan saksi kejadian.

 

Curiga dengan keterangan yang tak konsisten

Walau bagaimanapun, hasil siasatan yang dilakukan mendapati maklumat yang diberikan oleh lelaki berkenaan adalah tidak konsisten dan terdapat keraguan dalam keterangannya.

Setelah didesak, akhirnya lelaki itu mengaku telah memberikan maklumat palsu kepada pegawai penyiasat tersebut dengan alasan bimbang isterinya ‘bising’ disebabkan duit gajinya tidak mencukupi untuk membeli keperluan anak.

 

Kasi alasan bos potong gaji, lewat masuk kerja

Tambahnya, dia juga memberi alasan kepada isterinya bahawa gajinya telah dipotong oleh majikan gara-gara kad scan waktu di tempat kerjanya itu rosak.

Aduhai, majikan pulak dipersalahkan. 

 

Rupa-rupanya duit habis beli dadah

Dadah

Apa yang mengejutkan, duit gajinya itu sebenarnya telah digunakan untuk membeli dadah dan membayar hutang dadah.

Untuk mengelakkan keluarganya itu ‘menghidu’ kegiatannya, dia sanggup membuat laporan palsu kes samun sehingga pihak polis terpaksa pula bersusah payah membuka kertas siasatan.

Menurut pihak polis, kertas sisatan yang baru berhubung kejadian itu telah pun dibuka mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan selepas Order to Investigate (OTI) dibenarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya gara-gara memberi maklumat palsu kepada penjawat awam yang boleh mendatangkan bencana kepada pihak lain.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga 6 bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Inilah orang kata ‘tiada beban, batu pula digalas’.  

Baca: “Saya dah takde harapan utk hidup lag” – Suami Tipu Isteri Konon Dijangkiti Covid-19, Rupanya Lari Rumah Nak Tinggal Dengan GF Baca Tipu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.