in

“Legend betul!”- Netizen Teruja Tengok Pam Petrol Manual Masih Wujud

Petrol Feature 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam era serba canggih dan moden ini, boleh dikatakan hampir segala-galanya boleh diakses secara automatik. Tekan je suis, masuk kod, siap. Nak bayar, boleh swipe atau scan je.


Segala peralatan tradisional semakin lama semakin hilang dan sukar dijumpai sekarang. Kalau masih ada tu, kira ‘rare‘ betul lah tu.

Korang yang duduk area bandar tu kan, pernah tak jumpa petrol pam manual macam ni? Katanya di kawasan perkampungan je yang masih gunakan lagi pam petrol macam ni. Unik sangat!

@anisna98

Stesen minyak manual? #fyp

♬ Soap – Melanie_Martinez

Menerusi video yang dikongsi di laman TikTok, stesen minyak di kawasan perkampungan Dabong, Kelantan ini masih lagi menggunakan pam petrol secara manual. Hal ini kerana dikatakan pam petrol tradisional ini merupakan sumber utama masyarakat setempat untuk mengisi minyak.

“Aku dah lama tak nampak, dulu kat kampung aku ada beberapa kedai runcit jual macam ni tapi sekarang banyak dah pakai botol”- Netizen  

Segelintir netizen berkata mereka lama tak nampak pam petrol manual begini digunakan. Pun begitu, ramai juga yang langsung tidak mengetahui kewujudan alat tradisional ini! Mungkin ramai yang duduk bandar kut…Ataupun mungkin kebanyakan netizen ni muda-muda belaka.

Petrol Komen

Selalunya kalau nak jumpa benda-benda ‘rare’ macam ni kena balik kampung tanya atuk nenek. Manatau diorang simpan lagi barang-barang tradisional yang digunakan dulu. Sekali-sekala belajar sejarah tanpa buku ni fun tau!

Min bukan nak kata apa lah…min pun first time tengok ni!

Baca: [VIDEO] Konon Boleh Jimat Petrol, Tindakan Lelaki Titis Minyak Dalam Nozel Petrol Dikecam

Baca Petrol

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.