in

Lebihkan Baju Dari Barang Penting Masa Banjir, Ramai Netizen Lagi Teruja Tengok Keluasan Rumah

Page Banjir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang bila dah mula musim hujan, banyak tempat yang terjejas sebab air selalu naik mendadak. Hujan pula kadang-kadang tak menentu, kejap lebat kejap renyai je. Oleh itu, persediaan awal amatlah digalakkan bagi kawasan yang berisiko tinggi untuk dilanda banjir.


Ini kerana, kejadian air naik apabila hujan bukanlah satu perkara yang baru berlaku. Disebabkan itu, orang ramai sering menyelamatkan barang-barang penting yang berada di rumah mereka daripada rosak terkena air banjir.

Dalam satu video TikTok yang dikongsikan oleh @irfanbendanial, dia terpaksa bergegas untuk menyelamatkan segala barang penting di rumahnya semampu yang boleh ketika dilanda banjir kerana air dilihatkan naik dengan cepat.

@irfanbendanial

Gelabah tahap dewa bila air banjir masuk rumah?. #fyp #banjir #melaka #negerisembilan #sungai #hujan

♬ original sound – Irfan Danial – Irfan Danial

Menerusi video itu juga reaksi pantas lelaki yang lebih dikenali sebagai Irfan itu ditunjukkan kerana dia terus melipat karpet yang menjadi tempat letak pakaian yang perlu dilipat tanpa berfikir panjang. Bukan itu sahaja, dia juga siap angkat karpet yang dah dilipat itu ke atas kerusi untuk elakkan air terkena baju tersebut.

Tetapi, yang mencuri perhatian adalah komen-komen dari netizen yang lebih tertarik dengan keluasan rumah keluarga Irfan. Ini kerana, rumahnya mempunyai beberapa bilik yang besar dan juga ruan tamu yang bersambung dengan bahagian dapur.

“House tour bang.. Luasnye rumah, nak tengoklah” – Netizen

All Banjir Komen

Di bahagian pinned komen, Irfan memberitahu bahawa kejadian air naik ke rumahnya itu merupakan pertama kali berlaku selama dia dan keluarga tinggal di situ. Pengaliran air dikatakan dari bukit dan insiden itu berlaku sekejap sahaja kerana dia berjaya mengawal keadaan yang mengejut itu.

Haa, make sure semua jaga betul-betul barang korang. Lagi-lagi barang yang penting. Orang kata, sediakan payung sebelum hujan. Gitcheww…

Baca: [VIDEO] Confident Betul! Adik Ini Salah ‘Masuk’ Masa Bernasyid, Tapi Masih Boleh Perform

Feature Qasidah Fulll

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.