Pernah tak bayangkan satu masa nanti korang tak dapat tengok matahari untuk satu jangka masa yang lama? Jangan la panik pula. Kalau di negara Asia perkara sebegitu pastinya akan membuatkan keadaan bertukar huru-hara, tapi tidak di Alaska.
Keadaan tidak bercahaya untuk satu jangka masa yang lama, dianggap normal bagi penduduk di bandar Utqiaġvik.
Merupakan bandar paling utara di Amerika Syarikat, penduduk di kawasan ini dikatakan melihat matahari buat kali terakhir pada hari rabu lalu, 18 November dan tidak akan disinari cahaya itu selama 66 hari.
Bayangkan bergelap selama lebih sebulan, dengan kelas onlinenya lagi.Tak tahu la kelas ke mana nanti!
Maksudnya penduduk di bandar itu hanya akan melihat matahari semula pada pada 23 Januari tahun hadapan!
Polar Night
Meskipun pemandangan ini dianggap aneh, mungkin ada yang berasa takut, tapi percaya atau tidak ini adalah situasi yang normal bagi penduduk di Utqiaġvik.
Fenomena yang dikenali sebagai Polar Night ini bukanlah sesuatu yang asing lagi, kerana ia dikatakan berlaku setiap tahun di kawasan itu lapor USA Today.
Sebagai persediaan, penduduk di kawasan tersebut mengambil supplement Vitamin D selain ada diantara mereka yang bergantung kepada happy light.
Kepada yang tidak tahu, happy light ini adalah kaedah meniru cahaya matahari dengan menggunakan lampu di dalam rumah. So dapat feeling-feeling macam waktu siang yang biasa…
Polar night ini berlaku kerana keadaan paksi bumi yang condong dan ianya berlaku dalam lingkaran polar – Carson Frank dari Universiti
Walaupun menurut ahli meteorologi, Danielle Banks, keadaan di Alaska tidak akan gelap sepenuhnya kerana ada waktu cahaya matahari tetap bersinar, tapi tidak bagi warga Utqiaġvik.
Min kalau bergelap macam ni, apalagi tarik selimut lah!