Siapa tak tau kisah Tarzan, seorang kanak-kanak lelaki yang dibesarkan oleh beruk di dalam hutan seawal usianya masih bayi sehinggalah dewasa.
Hampir sama ceritanya, tetapi Lang, atau Ho Van Lang 48, dibesarkan di dalam hutan oleh bapanya Ho Van Thanh, 89, tanpa dia menyedari kehidupan yang ada di luar hutan itu.
40 Tahun Di Dalam Hutan
Ketika nak mencecah usia 40 tahun mesti ada angan-angan yang nak kita kecapi,ataupun tempat yang nak kita lawati, dan macam-macam perkara yang mungkin kita dah cuba, tapi tidak bagi Lang…
Dikelilingi hutan tebal kisah anak-beranak ini bermula apabila bapanya Thanh seorang veteran tentera melarikan diri ke dalam hutan ketika Perang Vietnam.
Selama lebih 40 tahun, pasangan anak bapa ini ‘menginap’ di dalam hutan di daerah Tay Tra, wilayah Quang Ngai bagi melindungi diri mereka.
Bermula pada tahun 1972, Thanh membawa Lang yang ketika itu berusia hampir 2 tahun ketika itu ke dalam hutan selepas kematian isteri dan dua lagi anaknya dalam serangan oleh Amerika Syarikat.
Mulai saat itu, bermulalah kehidupan mereka di dalam hutan dengan rumah yang dibina di atas pokok, menyarung pakaian yang diperbuat menggunakan kulit kayu serta memburu haiwan liar dan hasil hutan untuk dijadikan makanan.
Walapun sederhana, namun kehidupan mereka agak menarik.
Lang dan bapanya bergantung kepada pelbagai haiwan sebagai sumber makanan termasuklah monyet, tikus, ular, katak, cicak, kelawar, dan ikan.
Banyak-banyak tu min pernah rasa ikan je…Tu pun guna airfryer…
Bagi perkakas memasak pula, Lang menggunakan bom sisa daripada Perang Vietnam dan mengubahsuainya menjadi periuk kecil. Kreatif betul…
Bagi Lang api perlu sentiasa dibiarkan menyala, mungkin senang nak masak selepas berburu kot.
Kehidupan Lang dan dunia luar juga ibarat langit dan bumi. Tiada apa yang diketahuinya melainkan mengenai kapal terbang yang merentasi awan.
Oleh kerana bapanya Thanh merupakan satu-satu ‘guru’ yang dia ada, maka pengetahuan Lang mengenai dunia luar adalah sangat terhad.
Lang juga tidak didedahkan dengan kewujudan wanita dalam hidupnya.
Wow, macam mana agaknya Lang apabila pertama kali bertemu wanita?
Selain itu, Lang juga tidak sedar akan konsep waktu, kecuali siang dan malam.
Ditemukan oleh penduduk tempatan
Saban hari kesihatan bapanya sudah mula merosot menyebabkan Lang mula tertekan dan bimbang.
Akhirnya pada tahun 2013, mereka ditemui oleh penduduk tempatan dan membawa Lang serta bapanya keluar dari hutan.
Bagaikan rusa masuk kampung, Lang dan bapanya dikatakan teruja ketika pertama kali dibawa keluar daripada hutan dengan menaiki kereta dan mereka terkejut dengan kemodenan yang ada pada masa kini.
Lang yang masih cuba membiasakan diri dengan keadaan sekitar turut dikatakan teruja melihat cahaya yang terhasil daripada mentol dan menganggapnya sebagai sesuatu yang luar biasa.
Sungguhpun banyak mendapat pendedahan sari segi teknologi, Lang masih tidak mahir mengenai peraturan sosial yang ada dalam masyarakat.
Menurut Alvaro Cerezo, seorang pengarah urusan Docatsaway, tingkah laku tidak ubah seperti bayi.
Dia gemar meniru mimik muka dan bermain sembunyi-sembunyi. Namun dia dilihat sebagai seorang yang sangat penyayang.
Alvaro mulanya merancang untuk memperlajari teknik survival daripada Lang, namun selepas dia bertemu dengan lelaki itu, dia memutuskan untuk menghabiskan masa selama lima hari bersama Lang bagi menjejaki kehidupannya selama 40 tahun yang lepas.
Dalam kegembiraan Lang menyesuaikan diri dengan dunia barunya, perasaan berbeza pula dirasai oleh bapa Lang, Thanh.
Dia yang tidak dapat menerima kehidupannya selain turut bercadang untuk kembali tinggal di hutan sama ada Lang ikut atau pun.
Tak dapat dinafikan hidup jauh daripada kemodenan ni sebenarnya jauh lebih tenang, harapnya bapanya Thanh dapatlah menyesuaikan diri dengan hidup yang baru.
Sumber The Sun
Baca : #Inspirasi : Kisah Corry Lee, Pengembara Yang Tawan Tujuh Benua Meski Berkerusi Roda