in

#Inspirasi : Kisah Corry Lee, Pengembara Yang Tawan Tujuh Benua Meski Berkerusi Roda

Ft Cory

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Segalanya mungkin dengan tekad.


Begitulah kisah Cory Lee, seorang lelaki yang menderita spinal muscular atrophy sejak berusia empat tahun lagi.

Kesan daripada sakitnya itu, Lee terpaksa menggunakan kerusi roda sepanjang masa.

Lee yang dibesarkan oleh ibunya menemui minat mengembaranya itu apabila mereka sering pergi road trip sewaktu cuti musim panas di Amerika Syarikat.

 

Berkerusi roda tak halang Lee tawan 7 benua, lawati 37 negara di dunia

Keadaan fizikalnya bukan penghalang, kerana terbaru Lee telah menawan benua Antartika dalam penjelajahannya sebelum pandemik Covid-19 mula merebak.

 

Kami berada dalam pelayaran terakhir. Segalanya kini nyata. Saya begitu terharu. Ada gunung berais, penguin dan icebergs. Semuanya lebih daripada apa yang dapat dibayangkan. Cory Lee

 

Kena rajin buat persediaan awal

Lee sedar akan keupaanya yang terbatas kerana menggunakan kerusi roda.

Dia turut kongsikan tips untuk memudahkan pengembaraannya iaitu dengan membuat perancangan awal beserta kajian untuk mendapatkan maklumat berkaitan tempat yang bakal dilawati.

Lee sendiri tidak pernah menyangka yang dia akan berpeluang untuk meneroka 7 benua tapi dengan tekad yang ada, semuanya tidak mustahil.

Katanya persediaan ke Antartika ini telah dilakukan seawal dua tahun.

Menurut Lee, pada awal-awal pengembaraannya semuanya agak sukar. Cabaran yang dihadapi adalah dari segi pengangkutan, agensi pelancongan dan destinasi untuk orang kelainan upaya sepertinya.

Tengoklah tetap bersemangat walaupun kena prepare seawal dua tahun

Sebabkan kesusahan yang dia alami, Lee mula kongsikan pengalaman dia kepada orang ramai di laman web Curb Free with Cory Lee.

Berkongsikan pengalaman, kata Lee dalam 37 negara yang telah dilawati, Antartika dan Maghribi adalah pilihan utamanya.

Walaupun pada awalnya dia tidak meletakkan sebarang harapan untuk lawatannya ke Maghribi.

Tapi ternyata tanggapannya meleset. Suasana di Maghribi dirasakan sungguh memukau. Keadaan lorong-lorong di Marrakesh, pemikat ular, semuanya sangat menakjubkan.

Kongsi Lee lagi, antara pengalaman menariknya lagi ialah apabila dia hendak menunggang unta di gurun Sahara, dimana terdapat syarikat yang menawarkan kerusi boleh ubah dia gunakan.

Perkhidmatan seperti ini membuatkan pengalaman travellingnya lebih menarik.

Menurut Lee, terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan untuk pengguna kerusi roda sepertinya. Jadi kena la usaha sikit nak cari.

Melalui perkongsian Lee di akaun Instagramnya miliknya, Lee dapat merasai pengalaman menaiki  flying fox.

Siapa sangka dengan menggunakan wheelchair pun dapat rasa naik flying fox. 

 

Lee juga mengeluarkan buku untuk kanak-kanak yang bertajuk Let’s Explore With Cor Cor yang mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki mengelilingi dunia menggunakan kerusi roda ajaibnya.

Cory berharap selain dapat berkongsi mengenai tempat-tempat menarik di dunia, mereka juga dapat belajar mengenai individu sepertinya.

Buku yang telah diterbitkan pada 26 Julai merupakan sesuatu terbitan yang begitu bermakna kerana ia bersempena sambutan ke 30 Akta Orang Kurang Upaya Amerika (ADA).

Semoga kisah begini dapat terus bagi inspirasi untuk semua. Berapa banyak negara korang dah travel?

Sumber ABC News

Baca : I’m 27, I have no debt  Dulu Pereka Grafik Kini Petani, Kisah Gadis Ini Cetus Inspirasi Netizen

Ft 15 Sept

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.