in

Lazada 11.11 Super Show Bakal Tampilkan Barisan Artis Ternama Termasuk Kumpulan K-Pop SEVENTEEN

Seventeen Lazada Sale Ft Image

Lazada selaku platform edagang terkemuka di Asia Tenggara nampaknya akan membawakan sesuatu yang bakal menyemarakkan festival beli-belah 11.11 terbesar iaitu Lazada’s Biggest One-Day Sale yang bakal bermula tengah malam 11 November nanti.

Difahamkan, untuk festival tahun ini, Lazada telah melantik kumpulan k-pop SEVENTEEN yang dibarisi oleh 13 orang ahli sebagai Duta Kebahagiaan Serantau mereka selain difahamkan bakal turut membuat penampilan sempena pertunjukan yang bakal diadakan pada 10 November ini.

Selaku kumpulan K-pop yang cukup terkenal dengan membuat kemunculan hebat dalam arena muzik antarabangsa, dengan eksperimnen muzik kreatif mereka dan juga aksi persembahan yang menggemparkan.

Seventeen

Untuk yang tidak mengikuti perkembangan dunia K-pop, EP terkini SEVENTEEN iaitu ‘Your Choice‘ telah menduduki tempat pertama dalam carta Billboard’s Top Album Sales selain turut tercalon sebagai ‘Artis Sosial Terbaik’ di Billboard Music Awards 2021.

Saya berharap agar SEVENTEEN dapat memberi inspirasi kepada pengguna kami di seluruh Asia Tenggara untuk kekal berani dan bersemangat untuk mencuba idea baharu, mengejar impian, dan mempercayai bahawa segala cabaran boleh diatasi – Ketua Pegawai Operasi Lazada Group

Menurut kenyataan Raymond Yang selaku Ketua Pegawai Operasi Lazada Group, pihak mereka berbesar hati dapat membawakan SEVENTEEN selaku ‘Duta Kebahagiaan’ pertama kedalam keluarga Lazada.

Selain itu, pada 10 November nanti difahamkan kumpulan SEVENTEEN turut bakal memeriahkan acara 11.11 Super Show Lazada dengan membuat kemunculan di pentas utama dengan membawakan lagu-lagu hit mereka seperti “Left & Right” dan “Ready to love”.

Difahamkan, konsert maya tersebut bakal dimeriahkan dengan penampilan ramai selebriti terkenal di Asia Tenggara termasuklah penampilan Nora Danish dan Dayang Norfaizah.

Lebih menarik, konsert 11.11 Super Show Lazada tersebut difahamkan bukan sahaja dapat ditonton oleh pembeli di Malaysia tetapi juga boleh ditonton secara penstriman secara langsung dari Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam melalui aplikasi Lazada, Lazlive serta rangkaian penyiaran tempatan iaitu TV3 dan platform media sosial Lazada di YouTube, Facebook dan juga TikTok.

Seventeen Lazada

Kumpulan K-pop seramai 13 ahli ini turut membintangi filem pendek 11.11 terkini Lazada, yang membawa Duta Kebahagiaan Lazada ke Dunia Lazada, dunia yang dinamik dan hebat yang dipenuhi dengan objek-objek harian dan ganjaran 11.11 yang eksklusif.

Cabaran #HowLowCanYouGoLazada1111

Selain itu, sempena jualan tahunan 11.11 ini, Lazada akan turut melancarkan satu cabaran di seluruh rantau ini iaitu  #HowLowCanYouGoLazada1111 menerusi aplikasi TikTok yang mengajak pengguna untuk mempamerkan kreativiti dengan membuat video tarian “shuffle” gaya bebas dan unik mereka sendiri.

Gerakan tarian yang paling kreatif difahamkan akan berpeluang untuk memenangi baucar bernilai sehingga RM1,111 apabila mereka menyertai cabaran media sosial yang berlangsung mulai 26 Oktober hingga 5 November nanti

Selain menawarkan harga terendah serta penghantaran percuma semasa 11.11 Biggest One-Day Sale Lazada, pengguna boleh juga menantikan pelbagai tawaran eksklusif yang menarik disamping aktiviti ‘Shoppertainment’ interaktif yang akan memberi baucar serta ganjaran Lazada Bonus.

 

Sumber: Lazada
Sumber: Lazada