in

Kejayaan Demi Kejayaan, Lisa BLACKPINK Pecah 3 Rekod Dunia

Cats 55

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

BLACKPINK bukanlah nama baharu dalam dunia K-Pop. BLACKPINK bukan sahaja berjaya sebagai kumpulan, malah karier solo setiap ahli mereka juga turut boleh dibanggakan.


Terbaharu, Lisa berjaya memecahkan tiga rekod Guinness World Records menerusi kerjaya solonya. Ini termasuk kejayaan membanggakan penyanyi kelahiran Thailand itu di Anugerah Muzik Video MTV 2022 (VMA2022) dan Anugerah Muzik Video MTV Eropah 2022 (EMA2022).

Rekod yang dipecahkan penyanyi berwajah manis ini adalah artis solo K-Pop pertama menang Video K-Pop Terbaik di VMA2022, artis K-Pop pertama menang Artis K-Pop Terbaik di EMA2022 dan artis K-Pop paling banyak pengikut di Instagram.

20211011 Lalisa

Setakat pada minggu lalu, jumlah pengikut Lisa di Instagram sudahpun mencecah 87 juta pengikut. Ini secara tidak langsung menjadikan Lisa sebagai individu ke-38 paling ramai pengikut di dunia.

Pada September 2021 lalu, Lisa memecahkan rekod muzik video paling banyak ditonton dalam tempoh 24 jam dengan lagu LALISA. Muzik video lagu ini berjaya mendapat jumlah tontonan sekitar 73.6 juta.

Bersama BLACKPINK pula, Lisa bersama anggota yang lain memegang tiga Guinness World Records iaitu kumpulan paling ramai pelanggan di YouTube, artis K-Pop wanita pertama capai tangga pertama Carta Album UK, dan artis K-Pop wanita pertama capai tangga pertama Carta Album Amerika Syarikat (AS).

Untuk rekod, BLACKPINK akan menjadi artis pertama K-Pop menjadi nama peneraju festival muzik dunia paling popular, Coachella pada pertengahan April nanti.

Kredit: Harian Metro

BACA: Tiket Konsert Blackpink Habis ‘Sold Out’ Walaupun Ramai Bising Harga Terlalu Mahal!

Capture 19

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.