in

Lavida Coin Haram Disisi Undang-undang!

Page Dsv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni tengah kecoh artis Malaysia menghentam ahli perniagaan, Datuk Seri Vida (DSV) disebabkan isu rantai berlian hadiah bonus tajaan darinya tidak tulen dan ada juga hadiah yang dijanjikan masih belum nampak bayang.


Kemudian, dalam satu kenyataan, DSV mengatakan bahawa dia akan menggantikan rantai tersebut dengan Lavida Coin. Wuuuuuu~

Hy 1
sumber: instagram
2 10
sumber: berita harian

Walau bagaimanapun, menurut Berita Harian, Bank Negara Malaysia (BNM) telah senaraikan pengendali terbitan mata wang kripto Lavida Coin, VI Profit Galaxy (DSC Cryptoclub & LUX Galaxies) dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan bank pusat itu.

Senarai Amaran Pengguna Kewangan tu merujuk kepada syarikat dan website yang tidak dibenar atau dilulus mengikut undang-undang serta peraturan berkaitan yang ditadbir BNM.

Turut tersenarai adalah website berkaitan penawaran Lavida Coin ialah:

  • luxgalaxies.com
  • www.lavidacoin.com

DSV memperkenalkan mata wang digital atau kripto dikenali Lavida Coin pada harga yang ditetapkan iaitu 1LVC bersamaan AS$0.66 (RM2.71).

V 1
sumber: instagram

Katanya, LVD ditawarkan pada harga serendah RM99 bagi 30 unit Lavida Coin sehingga RM9,900 (3,000 Lavida Coin) dan urus niaga dijalankan dalam Ringgit Malaysia, Dolar Singapura, Dolar Brunei dan Dolar Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, BNM juga menyenaraikan 423 syarikat dalam Amaran Penggunaan Kewangan. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang deposit atau pelaburan dengan individu atau entiti yang tidak dikawal selia mengikut undang-undang berkaitan.

Institusi kewangan yang diberikan lesen oleh BNM ialah:

  • Bank
  • Syarikat insurans
  • Pengendali takaful
  • Pengurup wang
  • Penyedia perkhidmatan pengiriman wang
  • Pemborong mata wang (kini perniagaan perkhidmatan wang)
Lavida Coin Cryptocurrency Ico Malaysia Fishy Scam
sumber: blog

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berkata mereka sedang memantau maklumat sedia ada mengenai mata wang kripto Lavida Coin bagi menentukan sama ada wujud sebarang pelanggaran undang-undang sekuriti.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dengan sebarang skim pelaburan terutama yang membabitkan mata wang  kripto dan token digital.

“Kami sudah pun menerima pertanyaan mengenai penerbitan kertas putih bagi penawaran Lavida Coin kepada orang ramai.”

Kertas putih itu mendakwa Lavida Coin ditawarkan sebagai inisiatif pembiayaan swasta bagi pengumpulan modal atau dana bernilai untuk pembangunan tiga projek dan hanya pembiayaan ramai saja yang dapat memenuhi keperluan pembiayaan terbabit.

Hati-hati ye semua.

Baca: Dato’ Vida Samakan Karipap Dengan Alat Sulit!

Parr 758X399 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.